Chapter 25

720 25 0
                                    

Keretaku meluncur laju pulang ke rumahku. Muka Tuan Aaron kelat sekembalinya dia dan Amir dari luar ofis siang tadi. Entah apa lah yang dibualkan mereka. Kenapa Amir nampak seperti bengang?

Aku tak sempat untuk bertanya apa-apa dengan Tuan Aaron kerana semua orang busy dengan tugasan masing-masing hari ini. Tuan Aaron tak lekat di ofis. Sentiasa ada sahaja kerja di luar kawasan.

Tengoklah malam-malam sikit nanti lah aku tanya. Itupun kalau aku rajin. Aku malas nak ambil tahu hal lelaki. Kadang-kadang susah nak faham apa yang mereka fikirkan.

Aku terus fokuskan diriku kepada pemanduanku. Sebaik sahaja aku memasuki simpang ke rumahku, aku lihat ada kereta Nissan Grand Livina berwarna hitam parkir di dalam halaman rumahku. Abang Mizi dan kak Ekin balik?

*Prakk*

Aku tarik handbrake dan meletakkan kenderaan di luar pagar kerana di dalam kawasan rumah sudah dipenuhi oleh kereta abang Mizi dan kereta bapaku. Aku melangkah masuk lalu terdengar suara bayi menangis. Eh? Pejam celik pejam celik dah keluar pun anak abang Mizi!

Aku meluru masuk ke dalam rumah. Bersepah kasutku aku tanggalkan dalam keadaan kalut. Berdebar-debar jantungku melangkah ke dalam. Aku dah jadi makcik ke ni? Huhuhu... Gembira tak terkata.

Oh, tak sabarnya nak main dengan baby.

"Kak Ekin! Abang Mizi! Bila balik?" soalku seraya mencium tangan abangku.

"Baru je sampai tadi. Abang cuti seminggu teman kak Ekin berpantang kat rumah. Isnin depan abang balik lah tinggal kak Ekin kat sini," jawab abang Mizi.

"Ya Allahhh... comelnyaaaa...! Tahniah abang Mizi, kak Ekin!" Kak Ekin senyum melihatku. "Boy ke girl kak?" soalku kepada kak Ekin sambil mencium kedua belah pipinya. Kak Ekin terbaring di atas toto yang dibentang di ruangtamu.

"Boboy..." jawabnya lesu. Mesti penat bertarung nyawa demi melahirkan zuriat untuk suami tercinta. Kak Ekin berpantang sepenuhnya di rumah orang tuaku kerana dia anak yatim-piatu. Tiada siapa boleh tolong tengok-tengokkannya selain ibuku.

Aku mengusap-usap perlahan pipi anak mereka. Lembut dan mulus seperti kapas. Aku cium-cium dahinya. Nikmatnya bauan syurga. Terjentik sedikit naluri keibuanku. Indahnya kalau aku punya anak dengan Tuan Aaron.

Hah!

Mataku terbuntang. Aku terkedu dengan angan-anganku sendiri. Kenapa kau gelojoh sangat ni Piqa? Kahwin pun tak lagi. Sudah berangan nak anak? Aku menampar dahiku. Hiss... pedih.

"Nak dukung tak?" pelawa kak Ekin.

"Belajar-belajarlah dukung baby. Nanti dah kahwin nanti ada anak takdelah kamu terkial-kial," tambah ibuku.

"Ish mak ni..." kataku malu-malu. Tapi aku tak menafikan soal kahwin.

"Eh? Adik abang dah ada buah hati ke?" Abang Mizi bertanya separa bergurau.

"Hehe..." aku menggaru-garu kepalaku. Muka terasa panas.

"Betul ke?!" Semua orang di dalam rumah bertanya serentak. Reaksi mereka seperti aku ni tak logik ada kekasih pulak.

Ceh!

"Mak tau ke?" soal abang Mizi.

"Mak tak tau pun. Ni baru tau," balas ibuku berlalu ke dapur.

"Hmmm..." ayah hanya diam dibucu sofa membelek telefonnya. Bapaku masih berbaju seragam polis. Baru balik sekali denganku tadi agaknya. Tak sempat menyalin baju lagi.

"Orang mana?" Kak Ekin bangun duduk, bersemangat ingin tahu lebih lanjut akan berita hangat ini. Sekurang-kurangnya hangatlah bagi kami sekeluarga. Ke hangit ke aku pun tak tahu.

DIA MILIKKU (C)Där berättelser lever. Upptäck nu