Chapter 37

576 25 0
                                    

Mata aku terbuntang setelah terdengar bunyi tembakan yang bergema satu taman. Telinga aku berdesing. Aku lihat mereka berhenti bergelut dan Tuan Aaron membongkokkan badannya.

"Call polis!" Terdengar suara salah seorang pengunjung di taman itu.

"Tsk!" Lelaki berjaket hitam itu tadi bengang dan berlari menunggang superbikenya dan memecut menghilangkan diri.

Tuan Aaron melutut sambil menekan perutnya. Aku berlari mendapatkannya. Aku sempat menahan bahunya dari tersungkur ke hadapan.

"Abang!" jeritku. Aku lihat di tapak tangannya penuh darah. Cecair merah pekat tidak berhenti mengalir dari perutnya.

"Buhuk!" Tuan Aaron batuk mengeluarkan darah. Badannya terlentok di atas bahuku. Aku meribanya sambil membantu menekan luka di perutnya.

Tuan Aaron mengangkat tangannya yang berlumuran darah itu dan diletakkan di pipiku. Dia sempat mendongak melihat ke dalam mataku.

"S-sayang..."

"Ye abang, Piqa ada ni bang. Abang jangan banyak bercakap," kataku khuatir darah makin banyak keluar dari mulutnya.

Tangannya terjatuh semula.

"Call ambulance!" jerit seorang wanita yang berdiri di sebelahku.

"Cepat panggil ambulance!"

"Ada orang kena tembak lah. Macam teruk je."

Orang ramai mula mengerumuni kami. Tuan Aaron masih terbatuk-batuk. Darah makin banyak keluar dari mulutnya mengalir mengenai bajunya. Tanganku menggigil. Aku panik.

"Abang, bertahan abang." Dahinya berkeringat. Nafasnya laju dan tersekat-sekat. Matanya sudah mulai layu. Aku sungguh takut. Aku takut kehilangannya.

Tuhan tolong jangan ambil dia dari aku. Tolong selamatkan dia. Tolong selamatkan Tuan Aaron! Kalau perlu Kau gantilah nyawaku dengan nyawanya!

Selang beberapa minit kemudian ambulance pun tiba. Paramedik keluar dan memberi rawatan kecemasan kepada Tuan Aaron dan terus bergegas membawanya ke hospital. Aku setia menemaninya di dalam ambulance. Aku tidak lepas menggenggam tapak tangannya yang sudah terkulai itu.

"Maaf cik. Pelawat tidak dibenarkan masuk," ujar salah seorang pegawai perubatan yang sedang kelam-kabut menolak stretcher Tuan Aaron.

Aku tercegat di hadapan pintu bilik kecemasan. Badanku, mukaku berlumuran darah. Aku tunduk merenung tapak tanganku yang merah pekat melekit-lekit.

"Ya Allah... abang..." aku terduduk di kerusi berhampiran. Air mata yang kutahan dari tadi akhirnya melimpah jua. Aku tak henti-henti berdoa supaya Tuan Aaron selamat. Aku menghubungi Tengku Afham dan keluargaku.

Mereka pun segera datang ke tempat menunggu di depan zon merah bilik kecemasan. Abang Mizi tidak dapat datang kerana baru sahaja tiba di rumahnya di Melaka. Takkan nak berpatah balik semula.

"Aaron macam mana?" soal ibuku.

"Makkkk..." aku berteriak memeluk ibuku. Ibuku mengusap-usap belakangku cuba menenangkan aku.

"T-tuan Aaron, isk, d-dia kene tembak mak," kataku tersedu-sedan.

"Allahu Akbar. Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Semua salah Piqa mak! Salah Piqa!" aku menumbuk-numbuk dadaku. Aku marah dengan diriku yang menjadi punca segalanya.

"Jangan cakap macam tu Piqa. Bawak mengucap nak," pujuk ibuku tanpa banyak soal lagi melihatkan keadaan aku yang amat tertekan dan bingung. Kali terakhir aku menangis begini ketika aku sekolah rendah. Aku langsung tidak mempedulikan orang sekeliling yang memandang ke arahku.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now