Chapter 28

643 22 0
                                    

Suara Piqa kedengaran begitu lemah dan terketar-ketar. Aku tidak pernah mendengar suara Piqa sebegitu tidak bermaya. Aku membatalkan kesemua mesyuaratku yang ada tanpa banyak fikir dan terus bergegas ke lokasi yang diberikan oleh Piqa.

Tidak sampai 30 minit aku sudah sampai di sana. Aku melangkah perlahan ke dalam dan menguak pintu tandas yang diduduki Piqa. Mataku terbuntang. Aku menarik nafasku panjang. Aku lihat Piqa memeluk tubuhnya dan menundukkan mukanya ke lutut. Badannya menggigil tidak keruan.

"Sayang...?"

Aku mendekatinya. Aku cuba menyentuh bahunya namun Piqa tersentak dan mengundur merapat ke dinding. Aku meminta Piqa untuk memandang wajahku namun Piqa enggan. Aku tetap berbicara meski hanya menatap tubuhnya.

"Sayang. Apa yang berlaku sayang? Siapa yang buat ni sayang?"

Piqa membisu.

"Sayang okay tak ni?" tanyaku lagi untuk mendapatkan respons. Aku tidak mahu terburu-buru memandangkan Piqa seperti dalam keadaan takut, trauma. Namun Piqa tidak menjawab persoalanku. Dia terus menunduk seperti ingin menutupi sesuatu.

Aku sudah tidak sedap hati. Aku merapatkan semula diriku dengan Piqa perlahan-lahan. Kali ini dia sudah tidak menyentap lagi. Aku usap kepalanya dan memegang dagunya. Lalu kuangkat.

"Ya Allah! Sayang!" mataku terbeliak. Hatiku berasa seperti dihiris-hiris melihat kesan-kesan luka di badannya. Seperti gigitan manusia. Butang bajunya juga tercabut-cabut dengan benang yang berjurai. Dadaku mula merasa bahang.

Aku segera menanggalkan suit yang dipakai olehku dan meletakkannya di atas badan Piqa menutupi kulitnya yang terserlah akibat bajunya yang tidak boleh dikatup semula. Berderau darahku melihat mata Piqa sembab dek tangisan yang terlalu lama. Badannya masih menggigil.

Aku melutut memeluknya dan mengusap rambutnya lembut. "It's okay sayang. Abang ada ni..." Baru lah badannya beransur tenang. Aku memeluknya untuk beberapa ketika hingga Piqa betul-betul stabil.

Agak mustahil untuk aku bawa pulang Piqa dalam keadaan begini. Hari pun sudah mulai gelap. Aku menempah satu bilik dan aku papah Piqa hingga ke dalam. Aku meletaknya duduk di birai katil. Aku berlutut sebelah kaki di depannya. Aku dongak dan mendapati muka Piqa masih bingung.

"Sayang mandilah dulu bersihkan diri. Abang turun kejap cari pakaian baru untuk sayang," aku bangun berdiri. Belum sempat aku toleh, Piqa menarik lengan baju kemejaku membuatkan langkahku terhenti.

"Abang jangan tinggalkan Piqa..."

Aku terpaku. Matanya yang sayu dan lemah serta wajahnya yang kemerah-merahan berhasil memporak-porandakan hatiku. Bajunya yang terselak luas itu juga membangkit nafsuku yang sudah lama terkunci di sebalik tiang-tiang besi.

Aku merapatkan badanku lalu Piqa memeluknya. "Piqa mintak maaf abang. Piqa mintak maaf," katanya mengongoi menangis.

"Shhh... Shhh... It's okay. Sayang mandi dulu ya? Abang tak pergi mana-mana. Abang tunggu sayang kat sini," aku memujuk Piqa lembut. Piqa pun akur dan berdiri berjalan masuk ke bilik mandi.

Terdengar bunyi deruan air dari shower jatuh ke lantai. Aku duduk di bucu katil cuba menenangkan diriku serta adikku yang meronta-ronta di bawah.

"Haaaa..."

Aku mengurut-urut dahiku. Get a grip Aaron! Sabar... Sabar...

*Creakkkk*

Piqa melangkah keluar dengan mengenakan bathrobe yang disediakan oleh hotel. Dia berjalan perlahan dan duduk di sebelahku. Bau harum sabun mandi menerjah ke rongga hidungku. Aku rasa aku tidak boleh berduaan dengan Piqa di dalam bilik ni. Aku perlu keluar.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now