Chapter 9

977 38 1
                                    

"Piqa?"

Aku menepuk-nepuk perlahan pipi Piqa. Matanya semakin kuyu.

"Call ambulance cepat!" jeritku kepada Amir. Amir terkial-kial membawa keluar telefonnya.

Tsk! Lambat betul budak ni! "Nevermind!" aku memapah Piqa perlahan-lahan masuk ke dalam keretaku.

"Tuan? Ambulance?" laung Amir dari jauh.

"Tak payah lah. Biar I hantar sendiri dengan kereta," jawabku ingin cepat. Aku menekan pedal minyakku meninggalkan Amir di lapangan. Aku tak sempat berfikir dah. Pandai-pandai lah dia tunggu di situ ataupun balik sendiri. Dia sudah besar panjang.

Aku menuju ke hospital panel syarikat dan memberhentikan keretaku dihadapan Emergency Room. Keadaan Piqa masih lemah. Mukanya kemerah-merahan kerana suhu badan yang tinggi. Nafasnya juga kencang. Suhu badannya makin meningkat.

"Nurse! Staff saya rebah sebab demam," aku memanggil staff hospital di kaunter.

Mereka segera membawa stretcher menuju ke keretaku. Tidak sampai 5 minit Piqa sudah berada di dalam wad kecemasan. Sungguh pantas dan cekap. Aku tidak dibenarkan masuk. Aku berlegar-legar di luar lalu menghubungi ibu-bapa Piqa.

Aku duduk di kerusi menyilangkan tanganku. Kaki aku tidak boleh berhenti bergedik. Macam mana aku boleh terlepas pandang? Patut aku boleh perasan kalau Piqa tak sihat.

Aku lihat ada dua susuk tubuh orang yang sedikit berusia menghampiri kaunter. Aku bangkit mendapatkan mereka.

"Ayah dan ibu Syafiqa?" soalku.

"Ya saya," jawab lelaki yang berusia di awal 50an itu.

"Saya rakan sekerja Syafiqa," kataku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bapa Piqa. "Syafiqa masih dirawat di wad kecemasan."

Wajah orang tua Piqa kelihatan sugul. Mungkin mereka begitu risau akan keadaan anak perempuan mereka.

"Kenapa dengan Piqa Encik..." soal bapa Piqa.

"Aaron. Panggil sahaja Aaron pakcik."

"Oo Aaron. Katanya Piqa pengsan. Macam mana boleh pengsan?" Sambungnya lagi.

"Saya rasa dia demam la pakcik. Badan dia panas betul tadi," jawabku. Aku mempelawa mereka duduk di ruang menunggu. Kudrat orang tua tidak sama dengan yang muda. Kasihan pula kena berdiri lama-lama.

"Piqa memang macam tu. Dia tak sihat pun masih gigih nak buat kerja. Dia suka pendam kalau dia sakit ke tak sihat ke," ujar ibu Piqa. "Mujurlah Aaron ada. Tolonglah tengok-tengokkan anak makcik tu ye?"

"Yelah makcik...," jawabku.

Seorang doktor melangkah keluar dari zon kuning. "Siapa waris Nur Syafiqa di sini?"

"Kami doktor," sahut bapa Piqa. "Macam mana keadaan anak kami doktor?" soal bapa Piqa tenang.

"Anak encik sudah stabil. Kami masukkan drip ke dalam badannya. Dia sedikit dehydrated. Mungkin dia overworked," kata doktor. Tangannya membelek-belek kertas laporan ditangannya.

"Kami perlu memasukkan cik Syafiqa ke dalam wad sehari dua untuk memantau keadaannya dan juga untuk menunggu keputusan ujian sampel darah," terang doktor panjang lebar. "Jika tiada apa-apa selepas itu anak pakcik dibenarkan pulang."

"Alhamdulillah... Terima kasih doktor," ucap ibu Piqa. Muka mereka sudah nampak sedikit ceria kembali.

"Haaaa...." aku menghembus nafas lega. Aku menyandar di kerusi. Kepenatan berkejar kesana kemari tadi baru menghentam badanku.

DIA MILIKKU (C)Onde histórias criam vida. Descubra agora