Chapter 8

999 40 0
                                    

Tengku Afham : Aaron memang macam tu. Ada sekali tu masa kat U, this one girl bagi dia bunga ros tapi dia blurrrr...

Aku : Haha. Yeke? Jadi betullah Tuan Aaron tak penah couple?

Tengku Afham : Yep. Bujang terlajak dan suci sesucinya! I pun kadang-kadang tak faham apa yang dia fikir.

Aku : Haha... faham. Faham.

Aku bergolek di atas katilku sambil tanganku menaip di telefonku. Aku tak sedar macam mana perbualan aku dan Tengku Afham tiba-tiba beralih kepada Tuan Aaron. Dari berbual mengenai makanan. Kemudian kisah travel. Kemudian tentang kerja. Tiba-tiba Tuan Aaron pula jadi mangsa perbualan kami. Aku layankan sahaja kerenah Tengku.

Tengku Afham kelihatan seperti orang yang baik-baik. Aku yakin rakan kepada Tuan Aaron pasti orang yang baik juga sepertinya. Tengku Afham suka bergurau dan menyakat orang. Wajahnya pun boleh tahan. Hidung mancung bak seludang, pipi bak pauh dilayang. Berketurunan Diraja pula tu. Boleh lah buat menambah koleksi untuk aku cuci mata selain Tuan Aaron yang memang sedia ada perfecto mi amor di mataku. Hihi..

Sejak masuk ke Alam Bina, aku dikelilingi oleh prince-prince charming. Semuanya kacak-kacak dan tampan. Tinggi lampai, muka bersih dan menjaga penampilan. Mungkin atas faktor kerja. Nak berbisnes penampilan sangat dititik-beratkan. Berbeza dengan zaman aku belajar di universiti dahulu. Semua muka nerd sahaja. Kalau handsome pun sudah menjadi suami orang. Serta limited.

Aku sedar aku tak layak untuk bercinta, tapi apa salahnya kalau berkawan dengan mereka. Walaupun mustahil untuk aku miliki namun aku tahu mereka orang yang baik-baik. Cuma preference mereka sahaja bukan orang seperti aku. Mereka tak membuat apa-apa kesalahan pun. Yang salahnya aku. Siapa suruh tembun sangat?

Aku mencapai buku nota disisiku. Aku menyelak setiap helaian. Aku perlu mengulangkaji apa yang aku belajar di ofis. Banyak perkara yang aku belajar selepas menyertai syarikat ini. Baru aku tahu apa yang aku menelaah di universiti dulu hanya asas sahaja. Alam pekerjaan membuka ruang untuk aku menimba ilmu dengan lebih mendalam.

Andrew banyak membantu aku memahami selok-belok di Alam Bina. Mukanya macam oppa layak jadi model atau pelakon. Tapi aku perasan ramai je rakyat marhaen seperti aku yang mempunyai rupa paras mengalahkan artis. Mungkin minat masing-masing.

Aku? Aku terkecuali. Langsung tak masuk liga!

*Ting*

Aku mencapai telefonku. Aik? Tak tidur lagi ke Tengku ni?

Tengku Afham : Piqa. Dah tidur?

Aku : Belum. Ada apa ye Tengku?

Tengku Afham : Oo.. Piqa dah ada boyfriend?

Keluar dah soalan cepu cemas! Aku paling stress kalau orang tanya aku soalan ni. Korang pun boleh agak kan jawapannya. Kenapa masih nak bertanya?

Aku : Dah.

Sahaja aku ingin menyakat Tengku Afham. Nak tanya sangat kan?

Tengku Afham : Oh. Melepas lah...

Hah? Apa yang terlepas? Aku ke?

Aku : Belum berpunya lah. Saya main-main je. Kenapa?

Tengku Afham : Nice! Saje je tanya. Hehe..

Jangankan kekasih hati, kawan pun aku tak ada. Aku seringkali dikhianati kawan-kawanku. Atau layak aku panggil mereka manusia hipokrit! Kebanyakannya hanya mempergunakan aku sebagai bayang-bayang mereka. Mereka merasa lebih confident bila berkawan dengan aku yang gemuk. Orang kata berkawan dengan si gemuk boleh menaikkan seri si kurus apabila lelaki memandangnya? Aku rasa aku pun bersetuju dengan pepatah moden itu.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now