Chapter 41

648 18 0
                                    

"Fufu... fu..."

Aku memutar-mutarkan kunci kereta di celahan jariku. Hati aku sungguh bahagia kini, bagai di awang-awangan.

"Weh Aaron. Apsal kau happy sangat?" soal Afham sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya.

"Haa... tu lah kau tak tahu. Lain kali carilah proper girlfriend," ujarku mengangkat keningku.

Afham tersengih sambil menggelengkan kepalanya. "Aku agak kau mesti dah berbaik dengan Piqa kan?"

Aku tertawa kecil mendengar telahannya. Aku menghirup air caramel macchiato di hadapanku sambil melihat kereta yang lalu-lalang di hadapan café ini.

"Aku nak kau teman aku hujung bulan ni boleh?"

"Teman? Kau nak pergi mana?" soal Afham aneh.

"Aku nak hantar rombongan meminang ke rumah Piqa."

"Mak aih. Seriously?"

"Seriously," balasku.

"My god, congrats bro!" ucap Afham sambil menepuk-nepuk bahuku teruja.

Aku apa lagi, kembang kuncup hidungku bangga. "Petang ni aku nak bawak Piqa jumpa Mommy aku lepas habis waktu kerja nanti."

"Okay sangat lah tu. Akhirnya bakal diragut juga teruna kawan aku. Hahahaha!" Afham ketawa terbahak-bahak.

"Bengong la kau! Lantak lah aku teruna pun. Janji aku kahwin dulu. Kau bila nak kahwin?" aku tersenyum sinis.

"Ceh. Pandai dah kau pusing sekarang eh? Yelah yelah. Aku kalah," Afham mengangkat kedua tapak tangannya separas telinganya.

Selesai makan tengah hari bersama Afham aku kembali ke keretaku. Tetapi aku lihat salah satu tayar kereta aku pancit.

"Tadi elok je," bisikku. Mungkin aku terlanggar paku agaknya.

"Kenapa Aaron?" soal Afham yang mengekori aku dari tadi. Keretanya diparkir sebelah keretaku sahaja.

"Ni ha. Tayar aku pancit la Afham."

"Haa... ni mesti kau ada bawak perempuan lain dalam kereta kau. Hahahaha!" kata Afham mengusikku.

"Woi agak-agak lah. Kereta ni aku angkut laki je," aku menggaru-garu kepalaku. "Afham, kau tolong aku kejap. Aku malas lah nak panggil foreman."

Afham hanya mengangguk. Aku menurunkan tayar spare di belakang kereta manakala Afham membantu aku membuka tayar yang pancit tadi.

"Alang-alang kau dah buka tu kau tolong pasang terus lah ni," kataku sambil menunjukkan tayar ganti di hadapanku. Aku tersengih.

Tapi aku lihat Afham berkerut dahi melihat ke arah tayar di keretaku. Dia tidak menjawab percakapanku.

"Afham? What's wrong?"

"Huh? N-no, it's nothing. Give it to me," Afham meminta tayar ganti dariku dan membantu aku memasangnya tanpa banyak kata.

Aku hanya memerhatikan dia dari tepi. Naik urat-urat tangannya yang gagah itu mengangkat tayar keretaku yang agak berat itu.

"Done," Afham mengelap peluh di dahinya dengan lengannya.

"Thanks Afham. Kau nak aku belanja kau minum tak?"

"Tak payah lah. Kan baru lepas makan."

Aku mengangkat bahuku.

"Okay."

Aku mengemas alat-alat yang berselerak di atas jalan dan terus memasuki keretaku.

"Aaron."

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now