Chapter 35

648 18 3
                                    

*Ding Dong*

Aku menekan loceng rumah Afham. Selepas kejadian hari itu sudah berminggu kami tidak bertegur-sapa. Aku merendahkan egoku. Biarlah aku dulu yang pergi meminta maaf.

Agak lama juga aku tunggu di luar pintu baru ada jawapan. Membuang ke apa?

*Click*

"Masuklah."

Aku melangkah masuk dan berdiri di muka pintu. Afham terus sahaja berjalan menuju ke ruangtamu membiarkan aku tercegat di situ.

"Afham. Aku-"

"Aku dah anggap kau macam keluarga aku Aaron," kata Afham, "secara tak langsung Piqa pun sudah jadi sebahagian dari keluarga aku jugak."

Afham menyandar di atas sofa sambil mendepa tangannya. Dia menyedut batang racun di tangannya dalam-dalam.

"Aku dah anggap dia macam adik perempuan aku. Aku tak boleh tengok kau sakiti dia macam tu." Afham terus menghembus-hembus asap rokoknya ke atas. Berkepul-kepul asap yang keluar, ada yang berbentuk 'O'.

Aku berjalan menghampiri Afham dan duduk di hujung sofa. Aku serba-salah.

"Aku faham. Aku dah tersalah langkah. I'm sorry."

"You should be. Kau patut minta maaf dengan Piqa. Bukan dengan aku."

Aku mengurut-urut tengkukku. "About that. We've reconciled."

"Baguslah... sampai bila kau nak aku jadi cupid kau?" Afham membaling kusyen ke mukaku. Mujur aku sempat menangkapnya.

"Things have gotten out of my hands Afham," kataku.

"What do you mean?"

Aku pun memulakan cerita yang sama aku ceritakan kepada Piqa. Tak kurang, tak lebih. Tiada tokok tambah.

"Hmmm-" Afham menongkat dagu.

"Kau tahu apa-apa tak?" soalku.

"I've heard of that name somewhere, Dragon. My father would've known better."

"So... You don't have anything to do with them?"

"What? Are you suspecting me?" Afham mengerut dahi.

"Manalah tahu kan, mungkin kau intip aku dari zaman universiti ke kan. Bukan ek?"

*BUK*

Afham membaling sebiji lagi kusyen. Tapi kali ini tepat mengenai dahiku.

"Kurang ajar kau-"

"Woi sorry sorry! Aku tanya je lah!"

Afham membaling beberapa biji kusyen lagi ke arahku, tidak puas hati.

"Dari aku intip kau, baik aku intip janda dekat kedai depan ofis aku!"

"Hahaha. Sorry lah..." kataku sambil menepis-nepis bantal tadi.

Afham tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Demi keamanan manusia sejagat, aku sarankan kau jangan usha mana-mana perempuan atas muka bumi ni. Hahaha," gurauku.

"Gampang!"

Sebiji aku dapat. Padan muka aku.

"Jadi sekarang ni keselamatan Piqa yang utama. Nanti aku akan pasang bodyguard untuk dia," kata Afham.

"Thanks bro. I owe you too much," balasku.

"Kan aku dah cakap. Piqa tu dah macam adik aku." Afham memadam puntung rokoknya di dalam ashtray. Aku ingat sudah habis, rupanya dihidupkannya lagi sebatang.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now