Chapter 55

754 27 0
                                    

Aku dan Afham tiba di perkarangan sebuah rumah banglo mewah. Aku melangkah ke hadapan rumah itu dengan penuh berhati-hati.

Terdapat dua orang penjaga yang sedang berlegar-legar di depan pintu. Berpakaian serba hitam. Di baju mereka terdapat sulaman lambang Pheonix berwarna biru diraja.

"DIA sedang tunggu kau di dalam," kata salah seorang lelaki yang tinggi lampai itu kepadaku. Kedatangan aku seolah-olah sudah dijangka. Mereka menyambut kami dengan baik. Sungguh diluar jangkaanku.

Kami berjalan perlahan masuk ke dalam rumah yang dihiasi dengan perabot-perabot mewah. Langsir tebal dipasang rapat dari atas siling hingga ke bawah mencecah lantai setinggi 40 kaki. Terdapat chandelier sebesar kereta di tengah-tengah nya.

Cukup mewah persis mahligai.

Aku berhenti di tengah-tengah ruangan diekori Afham. Kami melihat sekeliling namun tiada kelibat Piqa.

Tiba-tiba kedengaran bunyi derapan kasut tumit tinggi seseorang sedang menuruni tangga. Mata kami dengan rela terarah kepada bunyi tersebut.

Aku rasa tidak kaget walau sekelumit memandang ke arah wanita yang sedang menuruni tangga itu. Orang yang sangat aku kenali luarannya namun dalamannya sudah aku ragui.

Orang yang paling aku percaya, yang paling aku sanjung. Yang aku kira tidak akan mengkhianati aku sampai bila-bila. Tidak di kehidupan ini.

Aku memandang ke arahnya tajam, "Why?"

Dia hanya tersenyum ke arahku. Dia berjalan ke arah piano yang diperbuat daripada kayu mahogany. Tampak lusuh tetapi masih utuh dan dijaga rapi.

"Don't you think life is like a piano?" ujarnya sambil tangannya mula menekan kekunci piano di hadapannya yang sedikit off-key.

Kami hanya memerhatikan perbuatannya dari jauh.

"The white keys represent kindness, and the black keys represent viciousness." Dia terus memainkan lagu-lagu melodi cinta yang menenangkan jiwa.

"At the end of the day, the black keys also make the same music." Jarinya terhenti di not yang sumbang.

"What are you trying to say?" soalku mendatar. "Mommy..."

Dia bangun memeluk tubuh dan tersenyum dengan bibir yang sedikit melengkung ke atas dengan mata yang berseri-seri kebencian. Sesiapa sahaja yang menemukan senyuman ini akan segera merasakannya. Senyuman yang disukai para narsisis!

"Why so tense Aaron?" ujarnya mengangkat sebelah keningnya.

"Mana Piqa?" suaraku sedikit tegas. Aku cuba untuk menahan diriku dari berkasar dengan ibuku sendiri namun aku tak mampu.

"Aahhahaha! Well well... prince charming dah datang menaiki kuda putih mencari sang puteri?" Mommy memetik jarinya.

Aku lihat isteriku diheret keluar dari bilik dengan mulut diikat kain, kedua tangannya juga diikat ke hadapan. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Sayang!!" jeritku. Afham menahan dadaku dari mara lebih lagi.

"Mmphhh!! Mmhpph!" Piqa tidak mampu bersuara kerana mulutnya bertutup.

"Mommy! Why are you doing this? What do you want from me?!" bentakku. Piqa diletak di atas sebuah kerusi dan lelaki itu berlalu pergi.

"What do I want?" soalnya berteka-teki.

Dia berjalan perlahan menuju ke arah Piqa. Dia berdiri di belakang Piqa dan tunduk mengangkat dagu Piqa dari belakang. Piqa terdongak memandang mataku sayu.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now