Chapter 49

651 20 0
                                    

Selepas peristiwa dengan Aria tempoh hari, hubungan aku dan suamiku semakin rapat. Kemana sahaja tidak pernah berenggang. Hinggalah pada satu hari Tuan Aaron menyatakan yang dia perlu ke Sarawak atas urusan kerja selama seminggu. Pudar terus semangat aku.

Sepatutnya kami akan ke London untuk bertemu dengan Mommy membincangkan perihal Aria. Kalau lewat-lewat nanti tak sempat kami balik ke sana. Kerana jika kandungan sudah mencecah 8 bulan, syarikat penerbangan menasihatkan kami supaya tidak meneruskan perjalanan.

“Abang nak kena kerja luar kawasan sayang.”

“Alaa… bila tu?” soalku merajuk.

“Lusa sayang. Sayang kalau nak keluar ke mana-mana bawa Afham sekali,” ujarnya sambil membuka baju kemejanya dan dicampakkan ke atas katil. Walaupun sudah hampir setahun menikah, aku masih malu untuk melihat badannya. Lagi-lagi baru balik dari kerja dengan melekit-lekit peluh. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasakan berpeluh-peluh begitu lebih seksi. Aku menelan air liurku.

“Abang risaukan sayang yang dah nak dekat due. Abang minta maaf sebab terpaksa tinggalkan sayang sorang-sorang.”

Aku memuncung itik. Memandangkan kerjanya begitu aku selalu kena mengalah.

“Abang dah pesan dekat Afham. Apa-apa nanti sayang bagitahu dia ya? Rabu depan abang balik la,” katanya lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Aku duduk di atas sofa hujung katil sambil mengusap-usap perutku. “Baby teman Mama ya nanti? Papa nak tinggal kita sekejap je. Uncle Afham ada, nenek ada.” Aku memujuk anakku yang sedang kuat menendang-nendang perutku seperti faham yang dia akan ditinggalkan Papanya nanti.

Suamiku keluar dari bilik air hanya bertuala sahaja. Dia menghampiriku. Semerbak bau sabun mandi di badannya. Aku pelik kenapa lelaki kalau mandi bau sabun kuat betul. Harum gila! Mereka berendam dalam sabun ke?

“Kenapa sayang? Baby bangun ke?” soalnya membelai rambutku.

“Entahlah abang. Tak berhenti menendang dari tadi. Dia tahu kot Papa nak tinggalkan dia,” balasku berkerut dahi menahan senak.

Tuan Aaron duduk di sebelahku dan mengusap perutku. “Baby tak nak buli Mama tau. Papa pergi kerja sekejap je. Baby tolong jaga Mama untuk Papa tau?”

Aku senyum melihat telatah suamiku. Kalau sudah lahir nanti macam mana lah kan? Mesti tak berenggang dengan Papanya. Dari dalam perut lagi sudah begitu dimanjakan olehnya.

Tuan Aaron merapati aku. Dia memeluk pinggangku kemudian berdehem. “Sayang…” dia mengurut-urut tengkuknya. “Kenapa sayang seksi sangat sayang?”

Terbeliak mata aku mendengar soalannya. Aku hanya pakai baju one piece ibu mengandung. Bukan baju tidur! Tangannya mengusap-usap perutku sambil diramas-ramas lembut.

“Errmm… abang. Siang hari lagi ni abang?” Dia tak mempedulikan kata-kataku. Dia terus mencium pipiku.

Aku meletakkan tanganku di dadanya yang masih sedikit basah. Air dari rambutnya jatuh menitis di atas bahunya dan mengalir ke perutnya. “A-abang… abang kan baru balik kerja. Tak penat ke?”

“Hm?” dia seperti dirasuk jembalang. Langsung tidak diendahkannya soalanku. Tangannya terus merayap menyelak bajuku ke atas hingga menampakkan pehaku.

Aku menggelabah!

Aku masih rasa malu kerana kali terakhir kami bersama sudah sebulan lebih lamanya. Aku tahu dia mahukan aku melihatkan dadanya yang sudah mula berombak semasa mencium dahiku.

Aku mengangkat kedua tangan ingin merapatkan badannya denganku tetapi dia menghalangku.

No,” bisiknya, “don’t move.”

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now