Chapter 18

764 26 0
                                    

"Burrppp... Alhamdulillah..."

"Ish kamu ni. Anak dara sendawa tutup lah mulut tu sikit. Kenapa molek sangat perangai tu?" bebel ibuku.

"Hehe... mak masak sedap sangat malam ni. Bertambah Piqa makan."

"Menjawab. Menjawab," leter ibuku tak henti sambil menggeleng kepalanya. Aku hanya ketawa kecil. Bapaku pula menolong ibuku mencuci pinggan dan cawan di sinki. Begitulah sebuah keluarga harmoni, saling tolong-menolong.

Usai makan aku lepak di depan tv dengan ibu-bapaku. Kebiasaannya sebelum masuk tidur kami akan luangkan masa sebentar di ruangtamu. Seakan sudah menjadi budaya di dalam rumah ini. Bonding time bersama keluarga sambil menonton berita jam 8.

"Macam mana kerja sekarang?" soal bapaku sambil menonton berita di skrin tv.

"OK ayah. Environment OK. Skop kerja pun tak susah mana. Ramai kawan kat tempat kerja boleh tolong kalau apa-apa," jawabku beria. Siap boleh tolong sambut lagi bila jatuh. Tapi yang itu aku simpan sahaja di dalam benak fikiranku. Bapaku mengangguk-angguk berpuas hati dengan jawapanku.

Drama di tempat kerja pun boleh tahan. Aku singgah kembali ke memoriku bersama Amir. Tipulah kalau kata aku tidak terkejut dengan luahannya hari ini. Tapi tiada pula dia cakap dia masih sukakan aku. Jadi tak perlu lagi aku menyimpan harapan untuk Amir. Semuanya sudah tinggal sejarah. Tuan Aaron pula seperti moody je hari ni. Aku ada buat salah lagi ke? Hmm...

Masuk sahaja berita sukan aku bangun masuk ke dalam bilikku dan duduk di meja kerjaku. Aku mendail nombor Tuan Aaron. Harap-harap dia tak tidur lagi memandangkan hari ini malam minggu. Esok pula cuti.

"Hello.. Piqa? Ada apa call I?"

"Aaa... Tangan! Tangan Tuan macam mana? Sakit lagi ke hari ni?"

Itu je tajuk yang secara spontan terpacul dari mulutku.

"Erm... OK dah sikit. Tinggal denyut-denyut bengkak je la. Luka dah tertutup semua."

"Erm... baguslah. Tuan Aaron.. Kenapa masa dekat stor tadi Tuan nampak macam sedih je. Kucing Tuan mati ke? Ataupun ada benda lain pulak yang berlaku? Ada orang kacau Tuan lagi ke?" soalku ingin tahu.

"Pfft! Hahahaha!"

Aku dengar Tuan Aaron ketawa terbahak-bahak. Apa yang kelakar pun aku tak tahu. Aku dah lah serius bertanya ni.

"You tanya soalan yang sama dengan Afham. Haha... By the way, I tak simpan kucing kat rumah. I allergic bulu kucing. And I'm okay. Mungkin penat sikit hari ni," jawabnya.

"Oo.. Okay.."

"You risaukan I ke?"

"Ye lah. Saya risaukan Tuan Aaron lah. Kalau tidak takkan saya call malam-malam macam ni," jawabku jujur. "Maaf kalau saya ganggu Tuan."

"..."

Tuan Aaron diam sejuta bahasa. Hanya terdengar bunyi deruan angin di hujung talian. Mungkin dia duduk di luar rumah? Tapi kenapa tiba-tiba dia diam pulak ni? Aku bercakap dengan dinding ke?

"You dan Amir..." Tuan Aaron berhenti dan menarik nafas panjang-panjang dalam-dalam.

"Kenapa dengan Amir?" soalku.

"You suka Amir ke? Maaf kalau I masuk campur urusan hidup you."

Oh? Adakah ini pokok pangkal kesedihan Tuan Aaron siang tadi?

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now