Chapter 14

810 33 0
                                    

"Aaron. Aku nak cakap dengan kau kejap boleh?"

"Boleh. What's up?" jawabku di telefon.

"Uhh.. Ni pasal Rahayu. I happened to see her out yesterday," kata Afham.

"Rahayu... Rahayu... Ayu?" soalku.

"Yes Aaron, Ayu! Dia ada pergi jumpa kau tak?"

"Kenapa kau tanya?" aku berasa sedikit tegang...

"I'm just curious. Kalau dia tak ganggu kau Okay lah," balas Afham.

Rahayu. Nama itu sudah lama tidakku dengar. Ayu adalah kenalanku ketika aku mula menceburi bidang pekerjaan. Ketika itu aku masih mentah.

"Aaron. Boleh I nak cakap sikit dengan you? Just the two of us," pinta Ayu. Aku mengekorinya hingga ke pantry. Kebetulan pantry tiada orang. Ayu lebih tua dariku lebih kurang 5 tahun. Dia seorang yang tidak tahu erti malu dengan mencariku hingga ke tempat kerjaku.

"Apa you buat kat sini? You nak I dibuang kerja ke?" marahku.

"I dah takde pilihan! You tak jawab langsung call dari I!" bidasnya kembali. "Seperti yang I katakan dari dulu, you are the one I love!"

Berderau darahku mendengar luahan hati Ayu. Ya, dia sudah mengejar cintaku selama dua tahun. Tapi aku tak pernah membalas cintanya.

"Apa masalahnya kalau I dah kahwin pun?" sambungnya lagi.

"Takde masalah you cakap?!" aku meletus berang. "I tak sangka you takde maruah macam ni! You tak rasa bersalah ke?"

"A-Aaron!" Ayu cuba mencapai lenganku. Namun aku menarik tanganku jijik!

"Kalau bukan kerana you kantoi berduaan dengan husband you, I tak akan pernah tau yang you dah berkahwin. You mesti akan rahsiakan dari I sampai bila-bila."

Mujur aku tahu dahulu dia sudah berpunya sebelum aku membuat keputusan untuk menerima cintanya.

"I tak mahu tengok muka you, jadi jangan datang ke sini lagi," aku memalingkan badanku sambil berbicara.

Aku sangkakan dia akan faham bahasa, namun jangkaanku meleset. Rakan sekerjaku sudah mula berbunyi apabila melihat kelibat Ayu hari-hari mundar-mandir di hadapan bangunan kami.

"Kita nak kena report ke ni?"

"Entahlah. Semalam pun aku nampak dia tercegat depan pintu."

"Eee... seramnya..."

Aku terdengar perbualan rakan sekerjaku.

"Kalau dia datang lagi nanti aku report dia kepada polis," kataku menenangkan mereka.

Beberapa hari kemudian aku melaporkan perihal Ayu kepada polis. Walaupun dia tidak dikenakan sebarang tindakan, Ayu sudah berhenti datang ke pejabatku.

Tidak lama selepas kejadian Ayu mengendap aku, aku mula mengesan aura kurang menyenangkan di pejabatku.

"Betul la apa aku cakap, Aaron tu tak normal sebab tu dia terjebak dengan perempuan tu."

"Apa maksud kau tak normal?"

Aku membeku. Adakah mereka sedang mengata aku?

"Tak normal lah sebab dia kejar bini orang!"

Mukaku bertukar biru. Apa yang mereka merepek ni?

"A-Apa?! Perempuan tu bini orang ke? Aku tak sangka Aaron tu berperangai macam tu..."

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now