PROLOG

13.9K 341 14
                                    

-24 tahun lalu-

"Zarina Binti Kasim. Aku ceraikan kau dengan talak satu." Terjelopok jatuh Puan Zarina ketika mendengar suaminya melafazkan cerai terhadap dirinya.

Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar barusan. Dia diceraikan?

Puan Zarina menoleh memandang dua orang anak lelakinya yang menyorok di bawah meja. Masing-masing hanya menangis dalam diam. Tak mampu untuk mereka dua beradik untuk bersuara.

Apa lagi bagi anaknya yang paling kecil. Baru sahaja berusia 2 tahun. Sangat tidak mengerti apa-apa. Untuk anak sulungnya pasti serba sedikit sudah mengerti. Tetapi anaknya hanya diam.

"Ke-kenapa? Kenapa cerai?" Tanya Puan Zarina pada suaminya bila mana suaminya dengan kelam kabut mengemas pakaian dan dimasukkan ke dalam bag.

"Aku bukan suami yang baik untuk kau, Zarina. Aku tak nak kau jadi isteri aku. Lagipun aku dah jumpa perempuan yang lagi bagus dari kau. Dia kaya dan ada segalanya. Aku nak kahwin dengan dia." Kata Tuan Maliki dengan masih sibuk mengemas barang dan pakaiannya.

Puan Zarina lekas bangun dan memukul-mukul belakang badan Tuan Maliki. Berpusing Tuan Maliki menghadap bekas isterinya lalu ditolak sehingga Puan Zarina jatuh dan kepalanya terhempas di bucu meja.

Puan Zarina pengsan. Tuan Maliki yang melihat itu hanya diam dan terus mengemas segala barangnya.

Siap sahaja, dia terus keluar tanpa mempedulikan bekas isterinya itu. Tanpa Tuan Maliki sedar. Dia sudah menanamkan satu sifat dendam dalam diri seorang anak kecil.

"Umi!" Menangis seorang anak kecil yang duduk di sebelah Puan Zarina.

"Umi, bangun!" Digoyangkan badan Puan Zarina. Tapi, langsung tiada respon.

Seorang lagi budak lelaki yang sedikit besar mula mengepal tangannya. Riak wajahnya juga kosong. Dia memandang sepi ke arah umi dan adiknya.

~~~~~~~~~~

Di sebuah rumah besar, ada seorang budak perempuan yang sedang menangis sambil memandang ke arah sekujur tubuh yang kaku terbaring di tengah-tengah sambil dikelilingi oleh ramai orang.

Dia menangis meratapi kepergian arwah mamanya. Budak perempuan itu dipegang oleh Mak Lijah iaitu orang gaji yang berkerja di rumah besar tersebut.

Papanya, Encik Taarif hanya sekadar memandang anaknya dengan riak kosong. Kemudian, dia mengalihkan perhatiannya merenung arwah isterinya pula.

Sedih? Mesti lah sedih. Tapi dah takdir.

Mereka sekeluarga ditimpa kemalangan yang amat tragis sehingga membunuh seramai 10 orang. Lori menghentam mereka dari dua arah iaitu arah belakang dan arah bertentangan.

Enam buah kereta dilanggar dan terhimpit. Terdapat juga tiga buah motor turut terkena sama.

"Mama! Mama, jangan tinggalkan Aneem." Kata Tasneem meraung di dalam pelukan Mak Lijah.

Anak yang baru berusia 3 tahun. Tidak mengenali erti kehidupan lagi sudah kehilangan seseorang yang paling penting dalam hidupnya.

"Lepaskan Aneem! Aneem nak mama!" Meronta-ronta Tasneem mahu dilepaskan.

Encik Taarif bangun dari duduknya lalu mendekati Tasneem. Diambil Tasneem dari Mak Lijah dan dibawa naik ke bilik.

"Papa.. Aneem nak mama.." Menangis Tasneem di dalam dakapan Encik Taarif. Matanya langsung tidak berkalih dari melihat arwah Puan Suraya.

Air matanya dari tadi setia mengalir laju seperti air terjun.

Sampai sahaja di dalam bilik, Encik Taarif menurunkan anaknya dan didudukkan Tasneem di atas katil. Encik Taarif duduk mencangkung di hadapan anaknya lalu dibelai lembut surai rambut anak perempuannya itu.

"Papa.. Aneem nak mama.." Kata Tasneem lagi dengan masih menangis.

"Mama dah takda sayang. Aneem jangan macam ni. Mulai hari ni, kita hidup berdua." Pujuk Encik Taarif dengan lembut.

Tasneem menggelengkan kepalanya tidak mahu. Dia tetap mahukan Puan Suraya.

"Aneem.. Aneem sayangkan mama kan?" Mengangguk Tasneem mengiyakan soalan Encik Taarif.

"Kalau Aneem sayang mama. Aneem kena ikhlas. Mama dah takda. Mama dah tak boleh ada dengan kita. Mama dah kena pergi jauh. Aneem anak yang kuat kan? Aneem dah janji dengan mama nak jadi anak yang kuat. Aneem tak boleh menangis macam ni. Nanti mama mesti sedih. Aneem nak mama sedih ke?" Lembut saja setiap butir bicara yang Encik Taarif tuturkan.

Tasneem menggeleng kepala kerana tidak mahu membuah Puan Suraya bersedih. Dia mengelap air matanya dengan tangan kecilnya itu. Suara tangisannya yang tadi kuat, kian mereda.

Hanya tinggal sedunya saja. Encik Taarif yang melihatkan merasa sangat sedih. Kalau anaknya pun mahukan Puan Suraya. Ini kan dia. Suami kepada arwah.

Sudah tentu Encik Taarif mahukan isterinya. Tapi takdir berkata lain.

Lantas Encik Taarif memeluk anak perempuannya dan menghamburkan tangisan di bahu kecil sang anak tanpa mengeluarkan suara.

Encik Taarif tak nak kelihatan rapuh di depan anaknya. Tapi dia tak dapat menahan rasa sedih dan sakit kehilangan isteri kesayangannya.


Tbc..

Dah berbulan saya simpan cerita ni. Habis saja Izara Aurora. In syaa Allah, saya publish next chapter for this story😊

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now