His Love : 24

6.9K 285 18
                                    

Danial memandang wajah Husna yang sudah comot dengan air mata. Sudah tiga jam Husna menangis tidak berhenti.

Dihulurkan kotak tisu kepada Husna. Nak kesian.. tapi dah dikata. Dah banyak kali Danial cakap jangan berharap pada Malique. Dia sendiri pun nampak yang Malique tidak melayan Husna.

Apatah lagi bagi harapan. Tetapi, Husna sendiri yang meletakkan harapan dalam diri dia. Itu yang Danial tidak suka.

Mereka bertiga dah lama berkawan. Bila jadi macam ni. Agak-agak kekok tak hubungan persahabatan diaorang ni? Semestinya lah.

"Berapa lama lagi kau nak menangis ni?" Tanya Danial.

Husna menarik hingusnya. Dipandang wajah Danial dengan bibir sebik. Tangannya pula mengambil tisu yang telah diletakkan Danial barusan.

"Ma-Malique jahat. Isk.. Malique jahat isk dengan aku isk Nial.. isk." Tersedu-sedu Husna menangis.

Danial menggelengkan kepalanya selari menghembuskan keluhan. Malique tak jahat. Dari awal lagi memang Malique langsung tak layan. Jadi bagi Daniel. Malique tak jahat. Tapi Husna yang jahat pada diri dia sendiri.

"Dari awal lagi aku dah cakap dengan kau. Kau yang degil tak nak dengar." Kata Danial dengan suara mendatar.

"T-tapi aku isk.. nak dia b-balas isk.. cinta a-aku je isk.." Tutur Husna dengan masih mengelap air matanya.

Air mata dia ni tak nak berhenti ke? Banyak betul. Baru lap, dah basah lagi mukanya. Haih.

"Satu perkara yang kau kena tahu. Bila seorang lelaki tu rasa perempuan tu adalah tujuan dia. Sesusah macam mana pun, dia tetap akan dapatkan perempuan itu. Tapi bila dia tak rasa perempuan tu tujuan dia, apa nak jadi pada perempuan tu pun dia tak kisah. Nak tunggang langgang ke lantak kau lah. Dekat sini kau boleh faham kan apa yang aku kata?" Terang Danial cuba memberi nasihat.

Setiap kali Husna ditolak cintanya dengan Malique. Dia mesti menangis. Dan Danial lah yang jadi tukang teman dan pujuk Husna.

Danial tahu. Sesakit mana pun hati Husna tengok Malique dengan isterinya. Husna takkan teragak nak buat perkara yang di luar jangkauan.

Dia yakin. Husna boleh terima juga satu hari nanti. Cuma bukan sekarang. Sebab hati dia masih sakit.

Yalah, mesti lah sakit. Orang yang kita suka, kahwin dengan perempuan lain. Dah lah tunggu bertahun. Alih-alih jadi gini pula.

"Nah. Lap muka kau tu. Dah macam nenek kebayan aku tengok. Kau beli eyeliner murah ke apa? Luntur weh. Bawah mata kau hitam." Selamba betul si budak Danial ni.

Terus terhenti tangisan Husna. Dipandang wajah Danial dengan tajam. Nak tegur tu elok-elok tak boleh ke? Eii.. aku lah kau ni, Danial.

"Diam lah kau." Diambil tisu dan dilap wajahnya.

Dihembus juga hingusnya di tisu. Usai itu, dicampak tisu itu ke arah Danial. Tepat kena muka. Padan muka.

"Weh.. bapak lah kau. Geli bodoh. Pengotor sial." Laju Danial bangun dan bergerak menjauhi Husna.

Tak nak dah Danial dekat dengan Husna. Ketawa Husna apabila melihat wajah cemberut Danial.

~~~~~~~~~~

M's Golden

Panjang langkah Tasneem memasuki bangunan megah syarikat suaminya itu. Di tangannya pula ada plastik yang berisi bekas makanan.

Niat dia datang sini sebab nak lunch dengan encik shuben. Tapi dia datang pun senyap. Tak bagitahu Malique. Saja nak buat suprise. Rindu lah dengan suami sado dia tu.

His Love [C]Where stories live. Discover now