His Love : 6

6.1K 320 13
                                    

M's Golden

Terdiam seketika Danial selepas mendengar cerita Malique barusan. Dia merenung wajah Malique tanpa berkelip. Betul ke apa yang dia dengar?

"Kau biar betul, Liq?" Tanya Danial meminta kepastian.

"Kau tengok muka aku macam main-main ke?" Soalan dibalas soalan.

Mendatar wajah Malique ketika itu. Hanya tatapan kosong diberi kepada sahabatnya ini. Apa yang dia cerita barusan semuanya benar. Dari awal Rian bagi gambar umi dan adiknya, tentang umi nya yang berkahwin dengan Dato Sri Taarif dan sampai lah dia nampak Mustaqim di hadapan matanya bersama dengan Tasneem.

Lagi terkejut dia dengar Mustaqim panggil Tasneem dengan panggilan kakak. Takkan dia pekak. Sedangkan dia dengar dengan jelas. Dan maklumat yang Rian bagi pun betul. Memang menunjuk jelas ke arah tentang umi dan adiknya.

"So.. kau nak buat apa?" Soal Danial.

Malique mengangkat kedua bahunya. Dia sendiri tak tahu nak buat apa. Tapi yang pasti dia lega selepas tahu di mana umi dan adiknya.

"Kau tak nak jumpa diaorang?" Soalan Danial telah membuat Malique melepaskan nafas berat. Kalau semudah itu saja, sekarang juga dia pergi jumpa.

Tapi, tak. Bukan senang.

"Diaorang aku ingat lagi?"

"Aku yakin umi kau ingat. Kau anak dia. Takda seorang ibu pun yang akan lupa tentang anaknya." Kata Danial seraya memberi semangat kepada Malique.

"Aku takda plan lagi. Aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan umi aku." Tutur Malique jujur.

"Aku yakin kau boleh. In syaa Allah. Semuanya akan dipermudahkan." Balas Danial. Dia menepuk sekejap bahu Malique.

~~~~~~~~~~

Tasneem berjalan sendirian di lorong. Dia ingin pergi ke keretanya yang terparking di lorong tersebut. Pagi tadi dia datang lambat sampai takda parking depan butik.

Jadi, terpaksa lah dia parking dekat lorong belakang kedai.

Tak lama selepas itu, Tasneem mendengar bunyi derapan kaki di belakangnya. Langkah Tasneem menjadi perlahan. Perasaan takut menyelubungi diri.

Tasneem menghentikan langkahnya dan berdiri di satu tempat. Dadanya menjadi gemuruh. Pernafasannya turut merasa laju.

Selepas beberapa ketika, Tasneem cuba untuk membuka langkah semula. Dengan lafaz bismillah, Tasneem menapak ke arah keretanya. Sekali lagi, dia terdengar bunyi derapan kaki.

Tasneem melajukan langkahnya. Pernafasannya yang terasa laju tadi. Kini berubah menjadi pendek. Tasneem jadi panik. Dia tak tahu nak buat apa.

Belum sempat Tasneem sampai di keretanya. Lengan dia ditarik dan Tasneem berpusing menghadap orang yang menariknya tadi. Langsung tak berkelip mata Tasneem. Ternyata Malique.

"Hei. Kau okay tak ni?" Tasneem menggelengkan kepala sebagai tanda menjawab soalan Malique.

Malique perasan yang Tasneem seakan tidak boleh bernafas. Apabila dirasakan Tasneem seperti mahu rebah, pantas Malique merangkul bahu Tasneem. Dipeluk gadis itu.

"T-to-tolong.. s-saya t-tak b-boleh n-nak nafas." Pinta Tasneem dengan keadaan susah payah untuk berbicara.

"Tenangkan diri. Tarik nafas then hembus. Ulang sampai kau rasa tenang." Arah Malique tegas.

Dia membantu Tasneem untuk bernafas dengan baik. Belakang badan Tasneem digosok lembut.

Setelah dirasakan lega, Tasneem merenggangkan pelukan Malique. Dia menunduk ke bawah. Tasneem memejamkan matanya untuk seketika.

His Love [C]Where stories live. Discover now