His Love : 46

4.7K 240 11
                                    

Laju langkah Tasneem menuju ke keretanya yang diparking di basement shopping mall apabila terdengar bunyi derapan kaki di belakang.

Pantas dia membuka handbagnya dan mencari kunci kereta sambil berjalan. Semakin lama, semakin laju langkah yang dibuka.

Derapan bunyi kaki di belakang pun turut sama laju. Nampak sahaja keretanya, Tasneem terus menekan punat unlock dan bergegas mahu berlari ke arah keretanya.

Belum sempat dia ingin membuka pintu kereta, tangannya dicekal dari belakang dam dipusing secara paksa. Terbeliak sedikit mata Tasneem melihat Tuan Maliki yang sedang berdiri di hadapannya dengan menayangkan senyuman sinis.

"Kau nak pergi mana?" Soal Tuan Maliki sambil merapatkan dirinya dengan Tasneem.

Bersandar Tasneem pada keretanya. Dia terus jadi kaku. Tak tahu nak buat apa. Nak lari tak boleh. Tangannya masih lagi dipegang oleh Tuan Maliki. Kuat sangat.

Berdesis perlahan Tasneem kerana menahan rasa sakit di tangannya. Ini mesti merah nanti.

"P-pak cik n-nak a-apa lagi?" Terbata-bata Tasneem menyoal. Dipandang wajah Tuan Maliki dengan wajah berkerut.

"Pak cik? Aku ni ayah mertua kau lah. Sepatutnya kau panggil aku ayah. Bukan pak cik. Tch." Berdecit Tuan Maliki tidak suka.

Tanpa aba-aba langsung dicengkam rahang Tasneem. Didekatkan wajahnya dengan wajah Tasneem dan dia meneliti raut wajah menantunya itu. Tajam pandangannya.

Mengalir air mata Tasneem apabila merasakan sakit di bahagian rahangnya. Tangan Tuan Maliki yang mencengkam rajanya dipegang dengan erat dan mencuba untuk dilepaskan.

Tapi tidak boleh kerana cengkaman tersebut terlalu kuat.

"Kau.. sepatutnya hormat aku hari tu. Takda lah kau kena macam sekarang. Bodoh. Aku ni sakit hati sebab tak dapat Zarina. Itu semua sebab bapak kau upah bodyguard untuk jaga perempuan tu." Kata Tuan Maliki perlahan.

Tasneem diam sambil memejam matanya. Dia menahan sakit.

'Abang..' Seru Tasneem di dalam hati.

"Tak sangka betul. Aku ingatkan perempuan tu lepas aku ceraikan dia, hidup merempat dengan anak-anaknya. Tapi tak. Makin jadi. Terus ada pangkat. Wahhh.. perempuan tu jual badan dekat bapak kau ke?" Menggeleng Tasneem menidakkan apa yang dikata Tuan Maliki barusan.

Datin Sri Zarina tak macam tu. Dia kenal umi dia. Kenal sangat.

"Pak cik.. jaga.. mulut pak cik.." Balas Tasneem dengan memberanikan dirinya.

"Kau cakap apa? Jaga mulut? Tch. Kau pun sama bodoh." Hambur Tuan Maliki.

"Aku fikir lah kan, perempuan tu hidup susah, merana dan menderita. Sebab takda aku. Lepastu nak tanggung pula budak dua orang tu. Kot kot lah dah jadi pelacur ke. Rupanya tak. Terkejut aku. Kenapa bapak kau nak sangat dengan perempuan tu? Cuba kau check balik. Mana tahu lah bapak kau kena nasi kangkang ke. Yalah, korang orang kaya kan? Dia nak tumpang hidup senang." Sambung Tuan Maliki memburukkan Datin Sri Zarina.

Tapi satu pun Tasneem tak percaya. Dia lagi percayakan Datin Sri Zarina. Datin Sri Zarina lah menjaga dia 24 jam. Datin Sri Zarina juga lah banyak memebri perhatian kepada dia berbanding Mustaqim. Walaupun begitu, Dato Sri Taarif yang akan beri perhatian pada Mustaqim bila Datin Sri Zarina sibuk dengan dia.

"Pak cik.. takda.. hak nak.. bercakap.. tentang umi.. saya.. macam tu." Lagi tajam pandangan Tuan Maliki terhadap Tasneem.

Cengkaman di rahang Tasneem semakin dikuatkan. Mengerang sakit Tasneem jadinya.

"Haura!" Baru saja Tuan Maliki hendak berbuat lebih. Nama Tasneem dipanggil dengan kuat. Dapat Tuan Maliki melihat Malique dan seorang lagi lelaki yang berlari ke arah sini.

His Love [C]Where stories live. Discover now