His Love : 51

4.7K 223 11
                                    

TasHijabis's

Sudah dua minggu kejadian di mana Tasneem diserang Tuan Maliki itu berlalu. Kini, Tasneem mula berkerja.

Tetapi, fikirannya agak terganggu. Dia tak sudah memikirkan satu hal. Malique kerap demam. Bila pagi, okay saja. Masuk malam, mula lah. Merengek panas. Jadi manja. Itu bukak karakter Malique.

Dia sendiri pun pelik tengok suaminya. Kadang-kadang dia rasa itu bukan diri Malique.

Tak lama selepas itu, dia terfikir satu perkara. Pregnant? Tasneem pregnant?

"Takkan lah." Tangannya naik memegang perut kempis nya. Diusap-usap perutnya itu. Terbit senyuman di bibir tika dia membayangkan jika benar telahannya ini.

Pasti Malique akan gembira sangat. Dah lah Malique asyik berangan kalau mereka ada anak. Setiap malam sebelum tidur selalu sembang pasal baby.

Tak lama kemudian, terdengar bunyi ketukan di pintu. Berkalih Tasneem memandang gerangan yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruangan bilik kerjanya.

"Senyum-senyum. Kau ni kan sejak kahwin. Asyik senyum je. Bahagia aku tengok kau. Mesti Malique layan kau tip top kan?" Tersipu malu Tasneem dibuatnya.

Dia merenggangkan sedikit badannya lalu beranjak ke hadapan. Kedua tangannya dicantumkan bersama.

"Rin. Aku nak tanya sikit lah." Ujar Tasneem. Erina laju memajukan kerusinya ke hadapan. Bunyi macam serius sangat. Mesti hal penting.

"Gapo dio?" Soal Erina tak sabar.

"Kalau.. selalu muntah-muntah. Lepastu mengidam nak makan itu ini. Kau rasa kenapa ya?" Ternganga sedikit mulut Erina. Selepas itu, dia mengukirkan senyuman yang agak nakal.

"Kau muntah-muntah? Mengidam? Nak makan apa? Aku carikan." Berdecit Tasneem.

"Bukan aku. Suami aku. Lately ni dia asyik kerap muntah. Bila pagi dia elok. Malam je mula badam panas. Lepastu merengek asyik nak melekat je. Aku nak buat kerja pun susah sebab dia tak nak jauh dengan aku." Beritahu Tasneem jujur.

Tak lama selepas itu, terhinjut kedua bahu Tasneem apabila Erina menepuk tangannya dengan kuat.

"Kau pahal?"

"Aku suggest, baik kau pergi klinik. Check sendiri. Kau pregnant ni."

"Tak kot."

"Asal pula 'tak kot'?" Tasneem mengangkat kedua bahunya. Dia tak pasti. Dia takut nak check. Kalau dia tak mengandung nanti, mesti kecewa.

"Lagipun, aku tak muntah-muntah pun. Terasa nak mengidam makan itu ini lagi lah tak."

"Woi mak cik. Simptom ibu mengandung ni kan.. kadang boleh jangkit pada suami. Orang tua-tua kata.. kalau suami yang dapat morning sickness tu. Tandanya dia sayang kau sangat-sangat. Dia tak nak hilang kau. Jangan lah sebab kau yang tak dapat simptom, kau terus assume kau tak pregnant. Haih. Aku yang tak kahwin lagi ni pun.. aku tahu." Menggeleng kepala Erina. Panjang lebar dah tu dia membebel.

"Membebel lah mak cik ni."

"Memang. Kau memang minta aku bebel kan kau." Toya muka Tasneem.

Lama dia berdiam diri berfikir sesuatu. Tak salah pun kalau nak check. Tapi bagi di check sendiri. Dia tak nak ajak Malique. Dia nak confirm kan sendiri. Bila dah tahu, baru lah dia tahu nak buat apa.

"Rin." Gumam Erina menjawab sahutan Tasneem.

"Teman aku pergi klinik nanti." Ajak Tasneem.

"Ada upah tak?" Terus Tasneem membuat muka. Erina pula dah ketawa.

His Love [C]Where stories live. Discover now