His Love : 38

5.1K 246 10
                                    

Laju Tasneem melangkah menuju ke arah pintu utama selepas mendengar bunyi kunci. Dia menunggu kepulangan suaminya. Tasneem berdiri di hadapan pintu.

Terbuka saja pintu, Tasneem terus mengukirkan senyuman manis buat sang suami. Terkejut Malique. Dia mengelus dadanya perlahan.

"Assalamualaikum abang!" Ceria Tasneem menyambut kepulangan Malique.

Memang itu lah rutin harian dia. Dia tahu yang Malique mesti penat. Sebab itu lah Tasneem selalu berbuat begini sebab nak Malique happy.

"Waalaikumussalam Haura." Jawab Malique sembari mencabut kasut yang dipakai. Diletak kasut itu di atas rak kasut yang disediakan di tepi.

Setelah itu, Malique memeluk tubuh Tasneem apabila wanita itu mendepakan tangannya meminta pelukan. Malique menyembamkan wajahnya di celah leher Tasneem.

Tenang saja perasaannya kini apabila dapat bau wangian Tasneem. Terasa segala beban dan kepenatannya hilang begitu saja.

Segala masalah yang dihadapi di pejabat tadi turut sama berterbangan. Seperti tiada lagi masalah.

Tasneem menepuk belakang badan suaminya selari mengusap perlahan bagai menenagkan si suami.

"Abang dah makan?" Menggeleng Malique menjawab Tasneem.

"Haura dah masak. Abang mandi dulu." Arah Tasneem sambil merenggangkan pelukan.

"Haura masak apa?" Tanya Malique. Dirangkul bahu Tasneem.

"Rendang kerang, sayur kangkung tumis dan ulam timun je. Okay tak?" Mengangguk Malique.

"Sedapnya. Tapi abang nak mandi sekejap lepastu solat maghrib. Sayang dah solat belum?"

"Sayang period. Baru kena tadi. Niat nak ambil wuduk terbantut terus." Beritahu Tasneem jujur.

Dia baru saja nak mengambil wuduk. Sekali dirasakan seperti ada yang keluar. Dia ingatkan apa. Rupanya darah period. Haih. Terbantut terus niat dia yang hendak menunaikan solat maghrib.

"Okay lah. Abang mandi pastu solat dulu. Sayang tunggu abang." Pesan Malique dan dicium dahi Tasneem.

"Alright, bos." Tasneem membuat gaya tabik hormat kepada Malique. Tergelak Malique dengan gelagat isterinya.

Setelah itu, Malique terus mendaki tangga dan menuju ke bilik tidur mereka berdua. Tasneem pula melabuhkan duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Malas nak kacau Malique. Nanti saja lah kacau Malique.

Tak lama selepas itu, handphone Tasneem berdering meminta diangkat. Lantas Tasneem mengambil handphone nya dan melihat gerangan yang menelefonnya. Ternyata Datin Sri Zarina.

"Assalamualaikum, umi.. rindunya dengan umi." Sapa Tasneem terlebih dahulu. Tersenyum lebar dia saat suara umi menyapa di pelupuk telinga.

"Waalaikumussalam, anak cantik umi. Umi pun rindu sangat. Bila nak balik lagi?" Sayu saja suara Datin Sri Zarina berkata. Rindu pada anak-anaknya.

"In syaa Allah.. nanti-nanti ada masa lagi Aneem dan Aliq datang sana. Papa buat apa umi?" Tanya Tasneem. Rindu pula pada Dato Sri Taarif.

Hari tu semasa mereka datang ke rumah selepas pulang dari Dubai. Dato Sri Taarif tiada. Pergi oustation ke Pulau Pinang selama empat hari.

Selalunya Datin Sri Zarina akan ikut. Tapi bila tahu anak-anaknya nak balik ke rumah. Tak jadi dia nak ikut. Nak jumpa anak-anak.

"Alhamdulillah. Papa sihat. Cuma kadang ada batuk-batuk. Biasalah. Batuk orang tua." Jawab Datin Sri Zarina.

Selepas itu, Tasneem dan Datin Sri Zarina banyak berbual. Bermacam-macam cerita Tasneem dan Datin Sri Zarina berkongsi. Ada juga bergosip. Biasalah. Kalau dah mak dan anak perempuan bergabung. Habis kau.. segala gosip keluar.

His Love [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن