His Love : 16

7K 310 15
                                    

TasHijabis's

Dari tadi lagi bibir Tasneem tak lekang dengan senyuman manis. Dia teringat kejadian pagi tadi semasa di pejabat Malique.

"Romantiknya.." Kata Tasneem seorang diri. Dia memegang kedua pipinya.

Malu lah.

Selepas itu, Tasneem menyentuh bibir dia. Masih lagi terasa hangat bibir Malique yang mencium bibirnya itu. Telinganya pula masih terngiang-ngiang luahan Malique yang mengungkapkan kata cinta.

"Cair. Nak oksigen. Pleaseee.." Tasneem berdrama sendiri. Hahahaha.

Erina dari tadi mengintai Tasneem. Berkerut-kerut dahinya melihat Tasneem macam orang tak betul sebab cakap sorang-sorang dan senyum sorang-sorang.

"Dah kenapa tu? Gila ke?" Soal Erina perlahan.

"Haih.. macam ni ke perasaan ada suami?" Tasneem dah angau. Dia memegang dadanya.

"Oi!" Erina menyergah Tasneem.

"Mak kau hijau!" Terkejut Tasneem sampai terangkat kedua kakinya.

Tasneem berpaling ke arah manusia yang suka betul sampai ketawa besar. Siap terbongkok-bongkok lagi tu. Tangannya pun memegang perut.

"Kau.. kalau aku tumbuk kau.. senak tau." Marah Tasneem. Geram betul tengok Erina.

"Kau tu lah. Syok sangat cakap sorang. Dah macam orang gila aku tengok." Kata Erina selamba.

"Aku potong gaji kau." Terdiam terus Erina. Pantas dia mendekati Tasneem.

"Alah kau. Nak gurau pun tak oyeh." Ditolak manja bahu Tasneem.

"Memang tak oyeh." Balas Tasneem dengan wajah cemberut.

"Eh, Aneem. Aku nak tanya ni." Erina mengambil tempat di hadapan Tasneem.

"Hm. Apa?" Acuh tak acuh saja lah nak melayan Erina.

"Mana bodyguard hensem kau tu?" Laju Tasneem merenung wajah Erina. Matanya dipicingkan.

"Sibuk tanya bodyguard aku. Kau dah kenapa?" Marah ni marah. Sibuk tanya suami kita. Ish.

"Takda lah. Selalunya dia tercongok depan pintu bilik kau. Ini bila takda pelik lah pula. Dah berhenti ke?"

"Tak. Kena upgrade."

"Hah?" Berkerut dahi Erina kerana tidak mengerti. Upgrade? Dia ingat apps ke?

"Dari bodyguard sementara kepada bodyguard selamanya." Kata Tasneem bersahaja.

"Hah? Tak faham." Erina menggaru kepala.

"Tak payah faham lah. Nanti-nanti je kau faham. Sekarang kau keluar buat kerja." Macam tu saja dia halau. Mencebik bibir Erina.

"Ish." Sempat diselerakkan barang-barang yang berada di atas meja Tasneem sebelum dia berlari keluar.

Nanti mak singa mengamuk.

"Eii.. kau ni karang.." Geram betul Tasneem menengok Erina. Suka cari pasal. Macam budak-budak. Padahal umur dah 24 tahun.

~~~~~~~~~~

Sesekali Tasneem mengerling ke arah suaminya yang sedang memandu. Kenapa lah dulu dia boleh terfikir yang Malique ni memang profesion nya sebagai bodyguard?

Padahal CEO syarikat yang terkenal di Malaysia. Bahkan di luar negara. Semua orang tahu M's Golden ni.

Sebuah syarikat pembinaan yang berjaya serta ada syarikat kapal dan airlines sendiri. M's Golden ni boleh dikatakan sebuah syarikat yang sangat besar.

His Love [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum