His Love : 50

5.2K 214 5
                                    

Dato Sri Taarif melihat isterinya yang sedang termenung sambil duduk di kerusi yang berada di halaman luar rumah. Dari petang tadi isterinya tampak berbeza.

Seperti orang yang sedang dalam keresahan dan kerisauan pun ada. Seakan sedang berfikir sesuatu.

Lantas Dato Sri Taarif berjalan mendekati Datin Sri Zarina. Dekat saja langsung ditepuk perlahan bahu Datin Sri Zarina. Berpaling kepala Datin Sri Zarina memandang suaminya yang mulai mengambil tempat di sisinya.

"Ish abang ni. Terkejut Ina." Tersenyum kecil Dato Sri Taarif memandang isterinya. Tangannya naik memegang pipi Datin Sri Zarina. Diusap lembut.

"Awak tu hah yang termenung. Langsung tak sedar abang dari tadi tengok awak dekat pintu tu." Tersengih Datin Sri Zarina.

Dipegang tangan suaminya.

"Maaf lah. Kenapa? Abang lapar ke nak makan?"

"Makan?" Mengangguk kepala Datin Sri Zarina.

"Ina sayang oi.. kita ni baru habis makan malam sejam lepas. Kenyang lagi ni. Awak nak suruh saya makan? Awak nak bagi saya buncit ke?" Digosok perutnya. Ada lah sikit timbul buncit nya.

"Haah. Biar abang buncit. Nanti takda lah perempuan lain tergoda dengan abang." Menjuih bibir Datin Sri Zarina.

"Saya ni buncit ke tak buncit ke perempuan tetap pandang. Diaorang pandang bukan sebab diri saya. Tapi sebab duit. Cuma ada satu perempuan je yang tak pandang duit saya." Ujar Dato Sri Taarif lembut.

"Siapa?" Soal Datin Sri Zarina.

"Isteri saya lah. Siapa lagi.. sebab itu lah saya sayang isteri saya ni." Dicuit dagu isterinya. Membahang panas wajah Datin Sri Zarina.

Romantik pula orang tua ni malam-malam.

Hahahahaha.

"Awak ni kenapa? Termenung je saya tengok. Dari petang lagi. Ada yang awak nak share ke?" Tanya Dato Sri Taarif. Dia mendekatkan kerusinya dengan kerusi Datin Sri Zarina.

"Takda apa lah, bang. Saya okay je." Dalih Datin Sri Zarina. Bukan tak nak berkongsi. Cuma dia rasa dah terlalu banyak yang Dato Sri Taarif lakukan untuknya.

"Saya ni suami awak. Saya tahu bila awak okay atau tidak. Sekarang ni awak tengah tak okay." Terlepas keluhan di bibir Datin Sri Zarina.

Memang agak susah untuk dia sembunyikan apa-apa dari Dato Sri Taarif. Cepat sangat tahu.

"Beberapa hari lepas, bekas suami saya datang jumpa saya dekat mall. Dia ugut saya. Dia berkasar dengan saya." Beritahu Datin Sri Zarina jujur.

Mengangguk faham Dato Sri Taarif. Perkara ini dia dah tahu dari bodyguard yang disuruh untuk jaga isterinya. Tapi Dato Sri Taarif mahu Datin Sri Zarina yang cerita kepadanya. Dia tak nak bertanya.

"Dia buat apa je pada awak?" Diambil tangan isterinya dan diusap lembut kekura tangan Datin Sri Zarina.

"Dia tak sempat nak buat apa sebab bodyguard awak tu pantas." Kata Datin Sri Zarina.

"Saya sebenarnya dah lama tahu." Berkerut dahi Datin Sri Zarina.

"Saya tahu yang bekas suami awak datang pada awak dan ugut awak. Tapi saya nak dengar dari mulut awak sendiri. Lepas ni.. apa-apa jadi. Terus bagitahu saya. Awak sorok pada saya, bodyguard saya tu akak bagitahu. Awak ingat saya upah diaorang untuk jadi bodyguard awak suka-suka je ke? Tak. Ada sebab." Jelas Dato Sri Taarif panjang lebar.

Mengemam rapat bibir Datin Sri Zarina. Suaminya banyak lakukan itu dan ini untuk sentiasa jaga dia dan lindungi dia. Sama juga pada Mustaqim. Terlalu banyak dah Dato Sri Taarif berkorban untuk mereka dua beranak sejak dari mereka masuk melangkah ke dalam villa mewah ini.

His Love [C]Where stories live. Discover now