His Love : 19

6.7K 290 15
                                    

Tasneem dan Malique memandang wajah Dato Sri Taarif, Datin Sri Zarina dan Mustaqim. Mereka berdua ada perkara yang hendak dikatakan.

Selepas itu, Tasneem berpaling memandang suaminya. Dia mengangguk perlahan.

"Papa, umi. Kami berdua ingat nak pindah keluar dari rumah ni. Aliq dan Aneem dah ready nak hidup berdikari." Beritahu Malique jujur.

Sedih wajah Datin Sri Zarina saat mendengarkan perkara tersebut. Dipandang wajah anak-anaknya bersilih ganti.

"Duduk je lah sini.." Cemberut wajah Datin Sri Zarina.

"Alah umi.. bagi lah Aneem dan Aliq berdikari. Sekurang-kurangnya kami tahu hidup berdua. Kitaorang kan dah jadi suami dan isteri." Pujuk Tasneem lembut.

Tasneem kalau dengan Datin Sri Zarina memang lembut. Tak pernah dia meninggikan suara dengan umi nya.

"Nanti ada masa kami datang melawat." Kata Malique pula.

"Nak pindah dekat mana?" Soal Dato Sri Taarif setelah agak lama berdiam dan memberi ruang kepada isterinya bercakap.

"Penthouse Aliq dekat Putrajaya." Mengangguk mengerti Dato Sri Taarif. Bukan jauh mana pun penthouse Malique dengan villa keluarga Tasneem ini.

Bila-bila masa saja mereka boleh datang ke sini. Cuma sebelum ini, Malique tinggal di apartment. Apartment tu kecil. Takda seorang pun yang tahu tentang apartment itu.

"Bila nak pindah?" Tanya Dato Sri Taarif lagi.

"Ingatkan dua hari lagi atau hujung minggu minggu depan." Jawab Tasneem.

"Cepatnya." Makin cemberut lah wajah Datin Sri Zarina.

Mustaqim dah ketawa perlahan tengok wajah umi nya. Datin Sri Zarina agak berdrama sedikit ya. Mula lah tu nanti lakonannya.

"Takda lah cepat mana pun umi." Tutur Malique. Tersenyum nipis Malique melihat wajah Datin Sri Zarina.

"Cepat lah tu bagi umi." Memuncung bibir Datin Sri Zarina. Dato Sri Taarif menggelengkan kepalanya.

"Penthouse diaorang dengan villa kita ni tak jauh mana pun, Za. Bila-bila masa Liq dan Aneem boleh balik sini. Tak pun awak nak pergi penthouse diaorang pun boleh. Abang izinkan." Kata Dato Sri Taarif seraya memujuk isterinya ini.

Tangan kiri Datin Sri Zarina dipegang dan diusap lembut. Nak pujuk ni. Dato Sri Taarif tak menghalang anak dan menantunya itu mahu pindah. Elok lah. Boleh lah diaorang berdua tu berdikari.

"Entah umi ni. Drama je." Sampuk Mustaqim yang sedari tadi hanya senyap dan menjadi pendengar.

"Ish kamu ni." Datin Sri Zarina menjeling manja anak bongsunya itu.

"Kira boleh lah ni kan, umi?" Tasneem mengangkat kedua alisnya beberapa kali.

"Pergi lah. Umi izinkan. Tapi jangan lupa balik sini selalu. Nanti umi rindu anak-anak umi ni." Comelnya lah perangai. Dengan bibir cebik tu.

Malique, Tasneem dan Mustaqim sudah tergelak dengan tingkah Datin Sri Zarina. Dato Sri Taarif pula hanya tersenyum nipis. Tahu sangat perangai isteri dia ini.

~~~~~~~~~~

Ktak!

Tasneem memanggungkan kepalanya memandang Malique yang baru saja keluar dari bilik air. Muka Malique basah. Malique baru lepas cuci muka dan gosok gigi.

Itu pun kena paksa dengan Tasneem. Kalau tidak.. jangan harap.

Sekarang dah pukul 11 malam. Waktu untuk tidur. Tasneem dah kemaskan katil semasa Malique di dalam bilik air.

His Love [C]Where stories live. Discover now