His Love : 23

7.2K 296 9
                                    

Tersentak Tasneem apabila ada tangan kekar yang memeluk pinggangnya dari belakang. Berpaling sekejap kepala Tasneem memandang suaminya yang merehatkan kepalanya di bahu kanan Tasneem.

Kini, mereka berdua sudah pun pindah di penthouse Malique pagi tadi. Dahtu ada pula drama. Datin Sri Zarina menangis tak bagi anak-anaknya pindah.

Tapi setelah dipujuk oleh Dato Sri Taarif. Baru lah Datin Sri Zarina okay.

"Lama lagi ke?" Soal Malique perlahan. Ditiup telinga isterinya. Menggeliat geli Tasneem.

"Jangan lah kacau." Tasneem memukul perlahan tangan Malique yang berada di pinggangnya.

Tergelak perlahan Malique dengan tingkah isterinya. Tasneem pukul tangan dia pun tak rasa apa. Biasa saja.

"Awak lapar ke?" Tanya Tasneem sambil menyusun baju-baju yang telah dilipat masuk ke dalam almari. Disusun elok-elok dan ditata rapi.

"Sikit." Jawab Malique seraya melepaskan pelukan. Kesian tengok Tasneem susah payah nak masukkan baju bila dia memeluk gadis itu.

"Aw-abang nak makan apa?" Terkedu Malique apabila mendengar panggilan Tasneem buat dirinya.

"Wait. You call me what?" Tersipu malu Tasneem. Dia menyudahkan dahulu kerjanya mengemas semua pakaian itu.

Selesai saja, dia berpusing menghadap Malique yang menunggu bicara Tasneem. Tasneem mengemam rapat bibirnya dan matanya dibawa merenung wajah kacak Malique.

"Saya panggil awak.. abang." Tutur Tasneem sambil menatap ke dalam mata Malique.

Terkaku, terdiam, terkedu dan segala 'ter' Malique rasakan apabila Tasneem memanggilnya abang. Memang lah dia lagi tua dari Tasneem dan panggilan itu selalu isteri memanggil suami diaorang.

Cuma bila Tasneem yang panggil dia dengan panggilan ni. Perasaan tu lain. Malique rasa bahagia sangat.

Tak pernah lagi dia rasa sebahagia ini.

"Awak tak suka ke saya panggil awak abang?" Tanya Tasneem. Mana tahu Malique tak suka. Dari tadi diam saja. Takut lah juga Tasneem.

"T-tak. Aku suka. Panggil lagi." Malique merapati Tasneem dan dipeluk isterinya.

"Hah?" Blur Tasneem jadinya.

"Panggil aku abang lagi." Arah Malique dengan bibirnya yang mengukirkan senyuman.

"Abang." Lembut suara Tasneem.

Malique mengemam bibirnya untuk menahan dari tersenyum. Tapi tak boleh. Dia tetap tersenyum.

"Lagi." Arahnya sekali lagi.

"Abang." Tasneem langsung menyembamkan wajahnya di dada bidang Malique. Malu lah. Dah lah Malique pandang dia tak lepas. Merah dah muka Tasneem.

Malique suka pandang dia lama-lama.

"Oh my god, sayang.." Dilabuhkan ciuman di ubun-ubun isterinya bertalu-talu.

Setelah itu, dia mencempung Tasneem. Terjerit Tasneem kerana tindakan suaminya. Pantas dia mengalungkan tangannya di batang leher sang suami.

Malique berjalan keluar dari closet dan berpusing di tengah-tengah ruang bilik tidur mereka. Tasneem menyembamkan wajahnya di ceruk leher Malique.

Tergelak Tasneem apabila suaminya bersikap begini.

"Lagi, sayang. Call me abang again." Arah Malique lagi setelah menghentikan perlakuannya.

"Suka sangat ke?" Mengangguk Malique.

"Abang. Abang, abang, abang, abang, abang, abang!!!" Di akhir panggilan, Tasneem menjerit kuat kerana Malique mula berpusing lagi.

His Love [C]Where stories live. Discover now