His Love : 2

6.5K 324 15
                                    

TasHijabis's

Pintu bilik kerja Tasneem diketuk dari luar. Berpaling kepala Tasneem melihat ke arah pintu untuk melihat gerangan yang mengetuk.

Terbuka sahaja pintu, Tasneem melihat Erina, PA nya melangkah masuk ke dalam.

"Yes, Erina."

"Cik Aneem tak nak balik lagi ke? Dah malam ni. Dua hari Cik Aneem balik lewat." Kata Erina prihatin.

Risau Erina bila mengingat yang Tasneem sudah dua hari asyik balik lewat. Jarang Tasneem begini.

Dah lah Tasneem ni ada panick attack. Lagi-lagi kalau gelap. Memang cepat lah dia panik dan akan jadi sesak nafas. Itu yang Erina risau kalau nak tinggalkan sorang.

Selalu Tasneem suruh dia balik. Tapi Erina tak nak.

"Saya ada banyak kerja lagi. Awak kalau nak balik, balik je dulu. Tapi pastikan jangan gelap." Pesan Tasneem seraya kembali fokus pada skrin iMac untuk melihat design-design terbaru.

"Saya tak boleh nak tinggalkan, Cik Aneem. Bahaya lah. Lagipun Dato Sri dah pesan dengan saya." Balas Erina sambil melabuhkan duduknya di kerusi yang berada di hadapan meja kerja Tasneem.

"Suka hati awak lah, Rina. Saya dah suruh balik awal. Jangan pula esok pagi awak datang lambat." Tasneem mengerling sekilas wajah Erina yang duduk di hadapannya.

"Saya tak kisah. Yang penting Cik Aneem tak sorang-sorang dekat butik sampai lewat malam." Bidas Erina.

Menggeleng perlahan kepala Tasneem. Dia malas nak berdebat dengan Erina. Biarlah. Dah ada orang nak teman ni, bersyukur saja lah. Dari dia seorang saja. Takut juga.

Selepas 30 minit, Tasneem selesai melakukan kerjanya. Erina yang sedang bermain handphone dipandang seketika.

"Saya dah siap. Jom balik." Terangkat kepala Erina merenung Tasneem apabila mendengar suara gadis itu.

Dia pun lantas bangun dan membetulkan kerusi yang di duduknya tadi.

"Okay. Let's go." Erina melangkah keluar terlebih dahulu dari bilik kerja Tasneem.

Tasneem masih mengemaskan segala barang kerjanya. Usai sahaja siap mengemas, baru lah dia keluar. Suis lampu di bilik kerjanya ditutup. Serta-merta bilik tersebut menjadi gelap.

Laju Tasneem menutup pintu dan berjalan mendekati Erina yang sedang mengambil handbag nya.

Setelah itu, mereka berdua menapak keluar dari butik. Tasneem menunggu Erina di luar butik kerana Erina harus menutup semua suis lampu baru lah dia boleh keluar.

Tak lama selepas itu, Tasneem berpusing apabila mendengar suara pintu butiknya terbuka dari dalam. Erina mengunci pintu butik dan menyimpan kunci pintu tersebut di dalam handbag.

"Saya balik dulu. Cik Aneem hati-hati." Mengangguk Tasneem membalas pesanan Erina.

Usai itu, mereka berdua terus berpisah. Tasneem pergi ke arah kanan. Erina pula pergi ke arah kiri.

Perlahan langkah Tasneem bila dia memandang laluan di hadapannya terlalu gelap. Selepas beberapa langkah, kakinya berhenti dari terus berjalan.

Tasneem menelan air liur dan memandang ke kiri dan ke kanan. Gelap dan sunyi. Pernafasan Tasneem pun mula merasa pendek.

Tasneem memejamkan matanya sekejap sebelum dicelik semula dan ditarik nafasnya lalu dihembus perlahan. Dia menenangkan dirinya dahulu sebelum kembali menyambung berjalan ke arah keretanya.

"Kau boleh buat, Aneem. Kau kuat. Jangan panik, Aneem. Jangan panik." Kata Tasneem sendirian sembari memberi semangat buat dirinya.

Selangkah.

His Love [C]Where stories live. Discover now