His Love : 31

6.1K 247 3
                                    

Riuh rumah Tasneem dan Malique apabila Mustaqim datang ke rumah. Dekat ruang tamu tu bergema suara Mustaqim. Dia punya kecoh rasa macam ada sepuluh orang dalam rumah.

Kenapa dia datang? Mustaqim kata bosan duduk dekat villa sorang-sorang. Dato Sri Taarif pergi outstation ke Beijing, China. Datin Sri Zarina pun apalagi. Ikut lah. Nak teman suami.

Sambil-sambil tu boleh bercuti. Dah lama tak ke luar negara. Datin Sri Zarina ni bukan gemar sangat nak ke sana dan ke sini. Cuma dah rasa lama tak keluar rumah agaknya. Itu yang nak mengikut.

Dah dua hari Dato Sri Taarif dan Datin Sri Zarina di sana. Mak Lijah pula cuti. Memang sengaja Datin Sri Zarina suruh cuti. Mustaqim pun memang jadi orang-orang lah dalam villa tu. Hahah.

Menggeleng kepala Tasneem melihat Mustaqim yang sedang bersorak sambil mengejek Malique. Diaorang bermain game soccer. Team Mustaqim menang. Itu yang suka sangat.

"Nah." Tasneem meletakkan dulang air yang baru dibuat tadi ke atas meja.

Malique langsung memeluk Tasneem dam disembamkan wajahnya di celah leher sang isteri. Tak suka Mustaqim. Hahahahah. Tak suka adik sendiri.

Terkejut Tasneem. Nasib tak jatuh sebab kena peluk secara tiba-tiba. Yang Mustaqim dah tercengang tengok abang dia macam tu. Tangan yang baru saja nak menggapai air tadi.

Terus berhenti. Tak jadi nak ambil. Matanya terkedip-kedip memandang abangnya. Dia rasa macam tak percaya. Ini abang dia ke? Pantas tangannya bertukar arah. Diambil handphone yang berada di atas sofa lalu ditangkap gambar abangnya yang sedang bergelayut manja dengan kakaknya itu.

Nak send dekat umi. Biar umi tengok perangai manja Malique.

"Eii.. eii.. jijik nya. Ya Allah.. oh my eyes!! My eyes dah tercemar!" Kecoh Mustaqim. Tangannya pula dibuat konon-konon menutup mata. Tapi masih lagi ada celah.

Tersentak Tasneem dan Malique. Lantas Malique melepaskan pelukan dan bangun lalu ditepuk belakang kepala adiknya. Biar sedar. Dah kenapa? Macam orang kena rasuk.

"Aw! Apa kau ni bang? Dah seronok manja dengan kakak. Lepastu pukul aku." Memuncung bibir Mustaqim. Dia menyilangkan kedua tangan di dada.

"Bising. Bingit telinga aku. Dari tadi terjerit. Kau lelaki ke perempuan? Jerit macam pondan. Aku risau jiran aku ingat aku bawa mak nyah dalam rumah ni." Selamba badak Malique saja bercakap macam tu.

Makin muncung lah bibir Mustaqim. Alololo.. cian dia. Pukul abe Malique tu korang.

"Kakak.. kau tengok laki kau ni. Tak boleh tengok aku bahagia agaknya." Adu Mustaqim meminta simpati pada Tasneem. Selepas itu, dijeling tajam wajah abangnya.

"Eh kau. Sibuk panggil bini aku." Sejurus itu, ditarik Tasneem merapat dengannya dan dipeluk Tasneem dengan erat. Dicium pipi Tasneem bertalu-talu.

Saja nak bagi Mustaqim cemburu. Siapa suruh tak nak kahwin. Ha.. sekarang hadap lah. Padan muka.

Tasneem menjulurkan lidahnya mengejek Mustaqim. Nak join juga. Dah lama tak sakat Mustaqim. Hehe. Tengok muka Mustaqim tengah menahan geram tu rasa puas hati.

"Umi!! Anak umi dua orang ni gatal! Lepastu tak hormat orang singlet. Orang-orang tua kata.. orang yang tak reti hormat orang singlet, masuk neraka. HUAHAHAHAHHAHA!!" Terdiam terus Mustaqim apabila mulutnya disumbat biskut oleh Tasneem.

"Aku masuk neraka, aku tarik kau dulu Taqim." Balas Tasneem seraya menepuk tangannya bagaikan membuang habuk di tangan.

Mustaqim membuat muka menyampah. Tasneem kembali duduk di sisi Malique. Dipeluk lengan sasa suaminya. Sempat dia mencium pipi Malique. Mustaqim menjulingkan matanya ke atas.

His Love [C]Where stories live. Discover now