His Love : 47

5K 224 9
                                    

Tasneem duduk di balkoni dari petang sehingga malam. Malique langsung tak masuk ke dalam bilik mereka. Dia tak tahu apa salah dia kali ini. Tapi Malique melayannya dingin sangat.

Tasneem terasa hati dengan sikap Malique.

Angin sejuk yang menerpa ke wajah Tasneem dibiarkan. Tasneem memegang bahagian rahangnya. Diusap perlahan. Terasa pedih.

"Mama.. Aneem rindu mama." Lirih suara Tasneem. Dia mendongak memandang langit yang penuh dengan bintang.

Tersenyum manis Tasneem apabila teringat kenangannya semasa kecil bersama dengan Puan Suraya.

"Kalau mama ada sekarang kan.. Aneem nak cerita banyak benda pada mama. Tapi takpa. Ada umi. Umi sama macam mama. Mama mesti dah happy dekat sana kan? Aneem dekat sini pun happy. Ada suami yang sayang Aneem." Celoteh Tasneem sambil berkata sendirian. Dia bercerita seakan ada Puan Suraya ada bersamanya.

Flashback

Tasneem berjalan ke arah mama nya yang sedang mengembur tanah di dalam pasu. Dekat saja, langsung dipeluk Puan Suraya dari belakang.

Panjang tangannya memeluk leher Puan Suraya. Dia menyengetkan kepalanya memandang mama nya itu.

Menoleh seketika Puan Suraya memandang anaknya. Sebelah tangannya naik mengusap lembut pipi Tasneem.

"Kenapa sayang?" Tanya Puan Suraya.

"Bila papa nak balik? Aneem rindu papa." Tanya Tasneem. Dia rindu akan Tuan Taarif.

"Esok papa balik. Sian anak mama rindu papa ya?" Tasneem mengangguk sambil mencebikkan bibirnya.

Tergelak Puan Suraya melihat bibir cebik anaknya.

"Mama ada masakkan ayam goreng untuk Aneem. Nak makan tak?" Laju Tasneem mengangguk dengan wajah ceria.

"Okay. Mama siapkan ni dulu lepastu kita makan."

"Okay, mama." Jawab Tasneem sambil membantu Puan Suraya menggembur tanah di dalam pasu.

Sesekali dia saja menyakat Puan Suraya. Puan Suraya masukkan tanah. Dia buang tanah tu. Lama-lama Puan Suraya bercekak pinggang memandang anak daranya yang nakal ini.

End Flashback

"Rindunya dengan mama." Luah Tasneem seorang diri.

Selalunya waktu macam ni, dia akan duduk berdua dengan Malique. Tapi sekarang tak. Malique sibuk dengan kerja. Tambah lagi sikap Malique yang dingin.

Entah kenapa lah.

"Haura." Terhinjut kedua bahu Tasneem saat mendengar suara garau yang berada di belakangnya.

Berpusing Tasneem memandang suaminya yang sedang berdiri sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Tasneem melihat wajah mendatar suaminya. Dia bangun dan berdiri menghadap Malique.

"Ya, abang." Sahut Tasneem dengan lembut.

"Buat apa duduk luar ni? Haura tak sihat lagi." Tersenyum Tasneem apabila Malique risau tentang diri dia.

"Haura bosan. Sebab tu ambil angin malam." Kata Tasneem sambil matanya masih menatap wajah dingin Malique.

Diam Malique mendengar balasan Tasneem. Dia merenung serata wajah sang isteri. Rindunya. Walaupun mereka serumah. Tapi Malique sejak tadi terperap dalam bilik kerjanya. Langsung tak keluar.

Menjenguk Tasneem pun tidak. Dia langsung tak tahu yang isterinya dah makan atau belum. Apa yang isterinya buat. Semua dia tak tahu.

Terlepas keluhan Malique. Dia menapak mendekati Tasneem lalu diraih Tasneem ke dalam pelukannya. Dicium ubun-ubun Tasneem.

His Love [C]Where stories live. Discover now