His Love : 52

4.6K 250 19
                                    

Laju Malique dan Mustaqim berlari ke arah bahagian kecemasan yang merawat Tasneem ketika ini.

Malique yang ketika itu berada di Putrajaya yang sedang menghadiri meeting. Langsung bergegas keluar saat diberitahu oleh Rian tentang Tasneem.

Mustaqim yang turut sama ada juga waktu itu mengikuti langkah abangnya.

Terpinga-pinga orang-orang yang berada di bilik meeting tersebut. Terhenti terus meeting mereka.

"Isteri Aliq mana, mi?" Soal Malique setelah berhenti di hadapan Datin Sri Zarina.

Dia menyebakkan rambutnya ke belakang. Malique terus duduk bercangkung di hadapan umi nya. Mustaqim pula melabuhkan punggung di sebelah Dato Sri Taarif.

Kelihatan wajah Dato Sri Taarif sugul sangat. Walaupun Dato Sri Taarif diam tidak berkata apa. Tapi hatinya meracau seperti orang gila kerana merisaukan keadaan anaknya. Tak tahu apa yang doktor lakukan.

Sudah hampir satu jam mereka menunggu. Tapi kelibat seorang doktor yang keluar dari bilik pembedahan pun tidak kelihatan.

"Masih di dalam. Doktor tak keluar lagi." Kata Datin Sri Zarina seraya mengusap wajah anak lelakinya ini.

Dia tahu yang Malique sungguh merisaukan Tasneem. Air mata yang mengalir di pipinya, Datin Sri Zarina seka dengan perlahan.

"Aliq bangun duduk atas ni." Datin Sri Zarina menarik tangan anaknya untuk duduk di kerusi sebelahnya. Malique akur. Dia bangun lalu melabuhkan duduknya di sebelah umi nya.

Malique menundukkan kepalanya. Matanya turut dipejam sama.

Masa Rian beritahu tentang ini, rasa nak jatuh jantungnya. Sekarang ni, dia perlu tunggu khabar dari Rian pula soal Tuan Maliki. Kalau Rian dapat, memang lunyai dia kerjakan orang tua tu.

Tak tahu bapak jenis apa. Sanggup buat macam ni pada menantu sendiri.

Tak lama kemudian, seorang doktor lelaki keluar dari bilik pembedahan. Pantas Malique, Dato Sri Taarif, Datin Sri Zarina dan Mustaqim bangun dan menghampiri doktor lelaki itu.

"Isteri saya macam mana?" Tanya Malique.

"Alhamdulillah, Puan Tasneem dah lepas dari masa kritikal. Tapi luka di bahagian perut akibat tikaman sangat dalam. Jadi, saya minta supaya luka tersebut dijaga dengan betul. Takut nanti dia terkoyak balik. Lagi satu.." Doktor lelaki itu menjeda seketika. Dipandang setiap wajah yang ada di hadapannya.

"Lagi satu apa doktor?" Soal Malique tak sabar.

"Kandungan Puan Tasneem tidak dapat diselamatkan." Terkaku Malique mendengarkan perkara tersebut.

Isterinya mengandung?

Tasneem mengandungkan anak dia?

Allah.

"A-anak saya mengandung?" Kali ini, Dato Sri Taarif yang menyoal. Mahukan kepastian.

Doktor lelaki itu sekadar mengangguk bagi menjawab soalan Dato Sri Taarif.

"Boleh kami masuk?" Pinta Datin Sri Zarina.

"Lepas kami pindahkan Puan Tasneem di wad vvip. Dato, Datin dan yang lain boleh melawat. Kalau dah takda apa, saya pergi dulu."

"Terima kasih, doktor." Ucap Mustaqim.

Dipandang abangnya yang sudah terduduk di kerusi. Dia sendiri pun tak percaya. Kakaknya mengandung dan kini mereka kehilangan baby.

"Umi tahu Aliq kuat. Aliq tak boleh tunjuk lemah depan Aneem. Sentiasa ada dengan dia." Pujuk Datin Sri Zarina dengan lembut.

"Anak Liq, mi. Anak Aliq dengan Aneem. Apa yang Aliq nak bagitahu Aneem?" Tersedu-sedu Malique menangis.

His Love [C]On viuen les histories. Descobreix ara