His Love : 36

5.4K 237 1
                                    

Tak terasa sudah seminggu mereka berada di Dubai dan sekarang Tasneem berdiri di hadapan cermin sambil tersenyum melihat dirinya yang sedang memakai dress kembang berwarna krim.

Tak terasa sudah seminggu mereka berada di Dubai dan sekarang Tasneem berdiri di hadapan cermin sambil tersenyum melihat dirinya yang sedang memakai dress kembang berwarna krim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kata Malique malam ini ada special dinner untuk mereka berdua sebelum esok mereka pulang ke Malaysia. Sebab itu, Malique menyuruh Tasneem memakai dress yang sudah disediakan untuk si belahan hatinya ini.

Tiba-tiba, pinggang ramping Tasneem dipeluk dari belakang. Terukir senyuman manis saat melihat suaminya segak memakai baju kemeja hitam sambil melipat bahagian lengan sehingga siku dan berseluar panjang warna hitam juga.

Fuh!

Suami orang ni hot sangat.

"Cantiknya bidadari abang. Nak terbang pergi mana?" Puji Malique. Berkerut dahi Tasneem. Terbang?

"Saya mana ada sayap nak terbang."

"Yeke? Tengok sikit." Malique memusingkan badan Tasneem bagai mencari sesuatu.

"Cari apa?" Soal Tasneem.

"Sayap."

"Dah kenapa cari sayap?"

"Sebab sayang bidadari. Tapi mungkin sayang ni bidadari tanpa sayap. Bidadari yang istimewa untuk abang." Digeselkan hidung dengan hidung Tasneem.

Membahang wajah Tasneem ketika itu. Dia mengemam rapat bibirnya dan memeluk tubuh sasa suaminya. Terlepas tawa Malique. Tahu, Tasneem tengah malu.

Lagi Tasneem malu, lagi dia suka. Dia suka tengok wajah merah Tasneem. Lepastu nanti keluar juga lesung pipit. Haih.. comelnya.

Malique melabuhkan ciuman di puncak kepala Tasneem bertalu-talu. Geram.

"Comel lah sayang kalau malu. Geram je. Tak payah dinner lah." Laju Tasneem memanggungkan kepala memandang Malique.

"Hah? Kenapa pula? Haura lapar ni.." Pelik dia. Mana boleh tak dinner. Dah lapar gila ni.

"Abang makan Haura lah." Tasneem memukul belakang badan suaminya.

"Bagitahu umi. Abang gatal."

"Garu." Berdecit Tasneem. Geram dengan jawapan Malique. Memang itu pun dia akan selalu balas setiap kali Tasneem kata Malique gatal.

Gelak besar Malique dengan reaksi si isteri. Tahu sangat isterinya tengah geram.

"Jom. Our dinner is ready. Karang lambat-lambat memang abang makan Haura. Kenyang tiga hari tiga malam abang nanti." Baru saja Tasneem hendak memukul Malique.

Malique lebih pantas mengelak dan melarikan diri dari Tasneem. Tangan Tasneem boleh tahan bisa. Lagi-lagi kalau dia cubit. Macam mak ketam.

~~~~~~~~~~

Perlahan langkah Tasneem sambil dipimpin Malique. Matanya ditutup dengan kain. Sempat dia membantah tidak mahu. Tapi Malique kata ni suprise. Nak tak nak, dia akur.

His Love [C]Where stories live. Discover now