His Love : 12

5.7K 274 8
                                    

TasHijabis's

Berseorangan Tasneem yang masih berada di butiknya. Dia masih lagi menatap skrin iMac di hadapannya sambil bernyanyi perlahan.

Erina tiada. Petang tadi dah balik. Ikutkan Tasneem pun petang tu sama juga dah balik. Tapi lepas maghrib dia datang semula ke butik.

Malam ini, Malique tak teman dia sebab Tasneem tak bagitahu yang dia mahu ke butik. Dato Sri Taarif pun tidak tahu di ke butik seorang diri.

Ini kalau Dato Sri Taarif tahu.. memang bengkak telinga dia kena marah. Lepastu kena bebel pula dengan Datin Sri Zarina.

2 in 1.

Padu.

Sedang elok dia bersenandung lagu Nirmala. Tiba-tiba, dia terdengar suara di luar bilik kerjanya. Terhenti lagu Tasneem. Pantas dia mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu.

Jantung mula berdegup laju. Tasneem mula lah menjadi tak tentu arah. Dia mengambil handphone nya dan mencari nombor yang hendak didail.

Setelah jumpa nombor yang dicari, Tasneem mendail. Tapi selepas beberapa deringan dan beberapa kali Tasneem menelefon. Tetap tidak diangkat. Tasneem hanya menghantar mesej kepada Malique.

Tasneem
Awak.. saya dekat butik. Saya seorang je. Sekarang ini saya rasa macam ada orang lah dekat luar. Saya ada dalam bilik kerja saya.

Selepas itu, Tasneem terus menghantar mesej itu kepada Malique. Dalam masa yang sama, lampu butik tertutup. Serta merta butik Tasneem menjadi gelap.

Pernafasan Tasneem menjadi sesak. Dengan gerakan perlahan Tasneem bangun dan bergerak ke arah pintu. Dibuka sedikit pintu bilik tersebut untuk mengintai keadaan di luar.

Tasneem hendak keluar dari bilik kerjanya ini disebabkan dia merasa sempit di ruangan yang besar tapi terasa kecil baginya dek kerana dia tidak dapat bernafas dengam baik.

'Malique.. I need you. Tolong datang.' Gumam hati Tasneem memanggil Malique. Dia mahukan Malique sekarang berada di sini.

~~~~~~~~~~

Malique berada di bilik gym nya selepas menghantar Tasneem pulang ke rumah petang tadi.

Dia masih teringat dengan kata-kata yang Datin Sri Zarina dan Mustaqim yang didengarnya tanpa sengaja. Benar kata Dato Sri Taarif. Memang umi nya berharap dapat jumpa dengan dia dan mahu bertemu dengannya.

Malique menumbuk punch bag itu sambil di dalam fikirannya masih terngiang-ngiang kejadian petang tadi. Dari kadar perlahan menjadi laju sehingga merenek peluh di dahi Malique.

Selepas beberapa kali tumbukan, Malique berhenti dan terduduk di atas lantai. Dia melepaskan nafas lelah. Dia memejamkan matanya seketika dan kembali dibuka selepas mendengar bunyi dentingan dari handphone nya.

Bingkas Malique bangun dan berjalan di sofa yang terletaknya di sudut bilik. Diambil hajet nipis itu dan dibuka mesej tersebut. Berkerut dahi Malique apabila membaca nama gerangan yang menghantar mesej kepadanya.

Malique membaca setiap bait ayat yang dihantar Tasneem. Setelah itu, dengan dalam keadaan kelam kabut. Malique pantas berlalu keluar dari bilik gym. Sempat dia mengambil hoodie yang ada di sofa di ruang tamu dan dipakai.

Dah tak kisah langsung dirinya yang kepenatan dan dalam keadaan peluh. Kepalanya penuh dengan Tasneem saja sekarang. Malique menunggang motor superbike miliknya dengan kadar yang sangat laju.

~~~~~~~~~~

TasHijabis's

Sampai sahaja di butik Tasneem, Malique pantas membuka helmet dan turun dari motor. Dia berlari ke arah pintu butik dan dirempuh masuk.

Untung pintu butik tu tak terkunci. Kalau tidak.. rosak pintu tu. Dah lah Malique main rempuh saja. Ingat dia kisah ke? Dah rosak nanti ganti saja lah. Apa susah.

Ewah dia tu. Mentang-mentang lah kaya. Rosak, ganti. Hm. Yang tak kaya ni bila dah buat rosak nak ganti macam mana?

Malique langsung meluru ke arah bilik kerja Tasneem. Pintu itu dibuka dengan kasar. Selepas itu, mata dia terus menangkap satu susuk tubuh yang duduk dalam keadaan gelap di penjuru bilik sambil bercangkung dan menunduk menghadap kedua lutut.

Dapat juga Malique mendengar suara tangisan Tasneem. Perlahan saja suaranya. Dalam keadaan samar-samar, Malique menapak mendekati Tasneem.

Dia turut duduk bercangkung di hadapan Tasneem. Disentuh sekejap bahu Tasneem.

"Aneem. Aku ni." Perlahan Tasneem mengangkat kepalanya memandang wajah Malique.

"A-awak.." Tersebik bibir Tasneem.

Malique melihat Tasneem seakan sedang menahan rasa sesak nafasnya.

"Bangun. Kita keluar dari sini." Malique memegang lengan Tasneem yang berlapik dengan baju. Tanpa bantahan, Tasneem akur.

Mereka berdua bingkas bangun dan berjalan keluar dari bilik kerja Tasneem.

"Mana suis?" Tanya Malique perlahan. Dipandang redup wajah lembut itu. Cantiknya.

Tasneem menunjuk ke arah belakang. Mengerti lah Malique yang suis butik ini berada di belakang.

"Kau duduk sini. Aku nak pergi dekat suis. Nak buka lampu ni semua." Berura-ura Malique mahu pergi tapi terhenti pergerakannya tatkala Tasneem memegang hujung hoodie nya.

Berpusing Malique menghadap Tasneem semula. Dijungkitkan kedua alisnya ke arah Tasneem.

"Jangan tinggal saya.. saya takut." Merengek Tasneem tidak mahu kena tinggal dengan Malique.

"Sekejap je. Kau duduk lah sini. Aku nak buka suis." Menggeleng Tasneem tidak mahu. Bibirnya disebikkan dan matanya dibulatkan lalu dikerdipkan beberapa kali di hadapan Malique.

Terlepas keluhan Malique. Nak tak nak kena bawa juga. Dia tengok Tasneem dah macam budak kecil. Diseret ke mana saja, pasti ikut. Haih. Comel. Tahu comel tu apa? Comel.. comel lah.

Selepas beberapa ketika, butik yang gelap berubah menjadi terang. Lega Tasneem. Sesak nafasnya juga sudah beransur membaik sejak Malique sampai.

Malique berdiri sambil menyilangkan tangannya dan menaikkan sebelah keningnya. Dipandang wajah Tasneem dengan wajah sombong.

"Apa?" Soal Tasneem.

"Memang tak nak lepas baju aku eh?" Terus Tasneem menunduk dan melihat tangannya yang masih memegang hujung hoodie Malique.

Tanpa menunggu sesaat atau pun blur, Tasneem langsung melepaskan pegangannya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

'Asal boleh leka ni? Aduh malu..' Gumam hati Tasneem. Dia memejam sekejap matanya.

Tersenyum nipis Malique dengan tingkah Tasneem tadi. Asal lah comel ni? Malam ini saja dah banyak kali Malique puji Tasneem comel.

Tak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan di luar. Malique dan Tasneem memandang sesama sendiri sebelum mereka keluar bersama.

Dari jauh mereka sudah dapat menangkap beberapa figura yang berada di hadapan pintu butik. Siap berserban dan kopiah. Ada seramai 4 orang lelaki. Tasneem mula merasa tidak sedap hati.

"Assalamualaikum." Ucap lelaki yang hampir seumuran dengan Dato Sri Taarif selepas Malique membuka pintu. Tasneem berdiri di belakang Malique sambil memegang tangannya.

"Waalaikumussalam. Ya, encik. Ada apa?" Tanya Malique dengan sopan.

"Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dengar di butik ini ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhrim sedang duduk berduaan tanpa dalam ikatan sah." Terdiam Malique dan Tasneem selepas mendengar kata-kata yang ditutur lelaki itu.

Berpusing Malique memandang Tasneem. Tasneem menggelengkan kepalanya perlahan. Dia sendiri pun tak tahu apa yang terjadi sekarang sehingga pihak JAIS boleh ada di sini.


Tbc..

Alamakkk..😱😱😱

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

His Love [C]Where stories live. Discover now