His Love : 20

7.4K 297 13
                                    

Malique terbangun dari tidurnya selepas mendengar bunyi alarm. Ditutup alarm itu dari terus berbunyi. Selepas itu, diraba bahagian sebelah tempat tidurnya.

Kosong. Malique membuka mata dan melihat sekeliling bilik. Takda kelibat Tasneem di mana-mana. Lantas Malique bangun dan duduk. Dia menyandarkan badannya di kepala katil.

Digosok perlahan matanya itu. Masih mengantuk. Habis saja solat subuh pagi tadi, Malique terus menyambung tidur semula. Penat sangat.

Selalunya Malique takkan tidur selepas subuh. Penat macam mana sekalipun dia takkan tidur. Kebiasaan dia selepas menunaikan solat subuh, Malique akan pergi ke gym.

Tapi pagi tadi tak.

"Mana bini aku ni?" Soal Malique sambil membetulkan rambut. Agak serabai.

Malique turun dari katil dan berjalan menuju ke arah bilik air. Nak cuci muka sekejap. Nak segarkan mata. Mandi? Dia dah mandi sebelum subuh tadi.

Tak lama selepas itu, Tasneem masuk ke dalam bilik tidurnya. Dapat Tasneem mendengar suara pancuran air dari bilik air. Usai itu, Tasneem menghenyakkan punggungnya di atas katil.

Hendak menunggu suaminya. Dia naik ke atas pun sebab nak kejutkan Malique. Nak ajak turun breakfast.

Selepas beberapa minit menunggu, Malique keluar dari bilik air. Terhinjut kedua bahunya apabila melihat Tasneem kelibat Tasneem berada di atas katil dan tersenyum ke arahnya.

"Good morning." Sapa Tasneem dengan ceria.

"Good morning. Dari mana? Aku bangun kau dah hilang." Malique balas menyapa isterinya seraya menyoal.

"Dekat bawah tadi. Tolong umi dan Mak Lijah buat sarapan. Hari ni saya masak nasi lemak. Kali pertama kan awak nak makan makanan yang saya masak?" Mengangguk Malique tanda mengerti dan mengiyakan soalan Tasneem.

"Jom. Semua dah tunggu awak." Tasneem berdiri dan mendekati suaminya.

"Come." Malique langsung mengenggam tangan Tasneem. Dikucup sekejap dahi Tasneem.

Hmm.. pagi-pagi dah romantik. Korang ada tak? Takda? Okay lah. Takda nak cakap apa pun. Sebab saya sendiri pun takda. Haha.

Usai itu, mereka berdua melangkah keluar dari bilik. Malique dan Tasneem menuruni tangga dengan berhati-hati. Dapat mereka berdua lihat di ruang makan sudah ada Dato Sri Taarif, Datin Sri Zarina dan Mustaqim.

Segak Mustaqim pagi ni. Walaupun pakaian casual saja tapi tetap nampak kacak. Dah abang pun hensem, adik apatah lagi.

Mustaqim single tu. Ada yang nak calonkan diri? Nanti kenalkan diri pada umi ya.

"Good morning." Sapa Malique.

Dato Sri Taarif, Datin Sri Zarina dan Mustaqim pantas mengangkat kepala dan memandang ke arah Malique dan Tasneem yang berjalan ke mendekati mereka.

Tersenyum manis Datin Sri Zarina memandang anak-anaknya. Kacak dan cantik. Sepadan sangat. Hati Datin Sri Zarina pula yang rasa berbunga.

"Good morning." Balas mereka serentak.

"Lambat turun." Mustaqim menjungkitkan keningnya beberapa kali. Riak wajahnya juga lain macam. Nakal.

Saja nak sakat Tasneem.

Tasneem yang faham akan itu langsung memukul belakang kepala Mustaqim. Tak senonoh perangai tu. Pagi lagi ni.

"Kau budak lagi. Tak payah nak buat perangai. Kakak patahkan tengkuk kau karang." Mukanya dibuat garang.

Mustaqim memegang tengkuknya sambil menggeleng laju. Tak nak. Tasneem ni dah lah otak tak betul. Karang tengkuk Mustaqim jadi mangsa. Cukup lah rambut dia saja dulu. Dia masih sayangkan leher dia.

His Love [C]Where stories live. Discover now