His Love : 37

5K 215 2
                                    

"Yow, Malik.." Sapa Rizal kawan lama kepada Tuan Maliki.

Tuan Maliki memusingkan kepalanya memandang gerangan yang menegurnya. Terbit senyuman di bibir dia. Lantas Tuan Maliki bangun dan berjabat tangan dengan Rizal.

"Apa khabar? Bila keluar?" Soal Rizal tak sabar.

"Baik. Dah tiga minggu aku keluar." Jawab Tuan Maliki bersahaja.

Dia kembali duduk di tempatnya. Rizal mengambil juga tempat di hadapan Tuan Maliki.

"Duduk mana? Rumah lama? Ops, lupa pula. Rumah lama dah kena roboh." Kata Rizal sengaja. Gaya dia seakan mahu mengejek Tuan Maliki.

"Takda lah. Aku duduk rumah kawan aku. Cakap pasal rumah lama aku. Asal rumah tu roboh? Anak-anak dan bini aku mana?"

"Bini? Bukan dah jadi bekas bini?" Berdecit kasar Tuan Maliki mendengar ayat Rizal.

"Kau tahu ke tak tahu?" Terletus tawa Rizal.

"Bekas bini kau sekarang dah jadi Datin Sri. Lepas je kau ceraikan dia, dua tahun lepas tu dia nikah dengan seorang lelaki berstatus duda yang baru lepas kematian isteri. Duda anak seorang. Tapi masa tu tak silap aku, Zarina cuma bawa seorang je anak. Aku rasa Mustaqim. Malique takda. Aku tak tahu ke mana." Beritahu Rizal jujur.

Terdiam Tuan Maliki mendengar. Datin Sri? Biar betul? Tak percaya lah.

"Kau agak-agak lah. Lelaki mana yang bodoh sangat ambil Zarina tu jadi isteri? Siap jadi Datin Sri lagi." Ketawa Riza mendengarnya.

"Lelaki tu tak bodoh. Dia tahu Zarina tu bagus perempuannya. Akhlak pun bagus. Sopan santun, berbudi bahasa segalanya sempurna lah. Engkau je yang bodoh lepaskan perempuan macam Zarina." Saja hendak memprovok Tuan Maliki.

Walaupun semua kata-katanya memang betul. Memang itu lah yang dia rasakan tentang Datin Sri Zarina. Sejak dari dulu lagi.

Merengus kasar Tuan Maliki mendengar kata-kata kawannya. Dia menepuk permukaan meja dengan sedikit kuat.

"Marah? Anak-anak kau pun aku rasa dah berjaya. Oh ya.. anak kau, Malique. Aku dengar dah jadi CEO di syarikat besar. Tak silap aku tu memang syarikat dia sendiri. Dah kahwin juga anak kau. Cantik menantu kau. Kahwin dengan adik tiri sendiri." Jelas Rizal lagi.

Bibirnya mengukirkan senyuman senget. Suka apabila dapat memprovok Tuan Maliki. Dari dulu Rizal memang tidak suka akan Tuan Maliki sebab Tuan Maliki berkahwin dengan Zarina.

"Dah kaya rupanya. Tapi asal diaorang lupakan aku?"

"Patut ke diorang ingatkan kau? Bawa-bawa sedar diri." Selamba saja Rizal berkata begitu.

Tuan Maliki berpaling memandang Rizal dan diberi jelingan tajam kepada kawan lamanya. Kalau tak bercakap sehingga menyakitkan hati, tak boleh agaknya.

Dilepaskan keluhan kasar. Kenapa lah dulu dia ceraikan Zarina? Sekarang tengok lah apa jadi.

~~~~~~~~~~

M's Golden

Love Haura🤍

Love Haura🤍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Love [C]Where stories live. Discover now