His Love : 8

5.5K 284 25
                                    

Tasneem memandang langit malam di balkoni biliknya. Tersenyum manis Tasneem melihatkan bintang-bintang yang bersinar pada malam itu.

"Happy birthday, mama. Hari jadi mama dan umi tak jauh pun tarikhnya. Umi happy. Mama pun mesti happy dekat sana. I miss you, ma. So much. And I love you." Kata Tasneem seraya berpeluk tubuh.

Malam tu dingin sangat. Tasneem mengusap kedua bahunya. Tiba-tiba, dia terasa ingin ke pantai. Lantas Tasneem masuk ke dalam biliknya dan melangkah keluar dari bilik.

Dia nak ajak Mustaqim. Sampai saja di depan pintu bilik Mustaqim yang berada di sebelah biliknya. Terus diketuk pintu kayu itu. Selepas tiga kali ketukan, Mustaqim membuka pintu dengan dalam keadaan mamai, rambut kusut, mata sepet dan Mustaqim menyandar pada pintu sambil merenung kakaknya.

"Kenapa, kak?" Tanya Mustaqim dengan suara baru bangun tidur.

Tersengih Tasneem macam kera busuk. Tahu lah dia yang dia sudah pun menganggu Mustaqim tidur.

"Nak ajak Taqim teman kakak pergi pantai. Jom?" Tercengang Mustaqim mendengarkan itu. Dia mengerling jam yang digantung di dinding biliknya.

Sudah jam 12 malam. Kakak dia ni merepek apa nak pergi pantai waktu-waktu macam ni?

"Pukul 12 dah kak. Dah lewat sangat ni. Nanti papa tahu, papa bising. Esok je lah." Memuncung Tasneem saat mendengar balasan Mustaqim.

"Alah.. sekejap je. Kakak tak boleh pergi kalau Taqim tak teman kakak. Pleaseee..?" Pujuk Tasneem seraya memegang tangan Mustaqim.

"No, kak. Esok Taqim ada presentation penting. Sorry." Sejurus itu, Mustaqim menarik tangannya dari pegangan Tasneem lalu ditutup pintu biliknya.

Malas nak melayan Tasneem. Ada ke patut ajak pergi pantai pukul 12 malam? Haih. Tak pernah dibuat orang lah.

Memuncung bibir Tasneem sambil memandang pintu kayu bilik Mustaqim. Bibirnya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Dia berfikir nak ajak siapa ke pantai. Tak lama kemudian, dia tersenyum girang. Hanya ada satu nama dalam fikirannya sekarang.

Tanpa menghabiskan waktu, Tasneem masuk semula ke dalam biliknya dan mencapai handphone. Dia mendail nombor orang tersebut.

"Assalamualaikum, wahai encik Malique. Awak ada dekat mana?" Sapa Tasneem dahulu selepas Malique menjawab panggilannya.

"Waalaikumussalam. Dekat rumah. Kau nak apa?" Ketus Malique macam malas nak layan.

"Awak datang rumah saya kejap." Arah Tasneem selamba. Dia bodyguard. Memang Tasneem akan arahnya ikut sesuka hati lah.

"Buat apa? Tak nak lah." Berdecit Tasneem apabila Malique membalasnya begitu.

"Saya suruh papa potong gaji awak kang. Nak ke?" Malique menjauhkan gajet nipis itu dari telingannya dan melihat skrin handphone itu.

'Aku tak kisah pun lah dengan duit papa kau tu. Aku sendiri boleh buat duit. Setiap hari masuk berjuta dalam bank aku.' Gumam hati Malique. Ikutkan nak cakap depan-depan. Tapi, nanti.. belum boleh sekarang.

"Potong lah. Kau ingat aku kisah?" Selamba Malique membalas. Bukan dia kisah pun.

Dapat Malique mendengar Tasneem mendengus geram. Terbit senyuman kecil di bibirnya. Mesti geram dan marah dengan dia. Haha. Ingat Malique nak heran ke? Dia buat tak tahu ada lah.

"Please Malique.. jangan lah buat saya macam ni. Saya nak pergi pantai. Hari ni hari jadi mama juga. Jadi saya nak spend time sekejap je dekat pantai. Saya nak pergi sorang mesti papa tak kasi. Boleh lah Malique.." Merayu Tasneem seraya memujuk juga.

His Love [C]Where stories live. Discover now