His Love : 25

7.5K 275 14
                                    

Tasneem menuruni tangga dengan berhati-hati. Dicari suaminya. Di bilik kerja takda. Dekat ruang membaca pun tiada. Ke mana pula suami hensem dia ni?

Tak tahu ke Tasneem tengah rindu? Selepas saja mereka pulang dari syarikat Malique. Malique hanya senyap. Langsung tak bercakap dengan dia.

Tasneem melepaskan keluhan. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa yang berada di ruang tamu. Memuncung bibir Tasneem apabila kelibat suaminya langsung tidak kelihatan.

"Abang marah Haura ke?" Soalnya sendiri.

"Hmm.." Tasneem menyandarkan badannya ke kerusi.

Dia menutup matanya. Tersenyum Tasneem apabila teringat bagaimana risaunya Malique terhadap dia.

Niat nak bagi suprise pada Malique. Tapi tulah. Dia pula yang pengsan sampai buat Malique jadi rasa bersalah dengan dia. Niat nak bagi kejutan yang gembira.

Alih-alih jadi kejutan yang merisaukan. Tak jadi kejutan gembira Tasneem. Takpa lah. Cuba lain kali.

"Kenapa tidur dekat sini?" Tercelik mata Tasneem saat mendengar suara garau suaminya.

Lantas dia bangun dan mendekati Malique. Dipeluk tubuh Malique dengan erat. Mukanya disembamkan di dada Malique.

"Abang pergi mana?" Soal Tasneem selari mendongakkan kepala merenung si suami.

"Takda pergi mana pun. Dekat balkoni tadi. Cari abang ke?" Mengangguk Tasneem.

"Jangan lah tinggalkan Haura." Pinta Tasneem sambil meletakkan dagunya di dada Malique.

Malique menyelitkan rambut Tasneem ke belakang telinga. Tak tahu lah ayat Tasneem tadi seakan menusuk ke hati dia. Lagi-lagi kejadian di pejabatnya tengah hari tadi sungguh membuatkan Malique cukup merasa sangat bersalah pada Tasneem.

"Sorry, baby." Sejurus itu, dikucup lama dahi Tasneem. Bagai meluahkan segalanya.

"Abang okay?" Soal Tasneem selepas Malique menjauhkan bibirnya dari dahi Tasneem.

Malique mengangguk perlahan.

"Tak. Abang tak okay. Haura nampak dekat mata abang yang abang tipu kata okay." Kata Tasneem sambil mengusap bawah mata Malique.

Berkaca mata Malique ketika itu. Setitis air matanya jatuh ke pipi. Lantas ibu jari Tasneem mengesat air mata tersebut.

"Abang kenapa?" Soal Tasneem lagi.

Malique tidak menjawab malah dia terus memeluk isterinya dengan erat dan wajahnya disembamkan di ceruk leher Tasneem. Diluahkan segalanya di situ.

Tasneem setia menggosok belakang badan Malique. Dia tak tahu kenapa. Tapi dia dapat rasa yang Malique seperti masih lagi merasa bersalah tentang kejadian di pejabat suaminya tengah hari tadi.

"Abang minta maaf, Haura." Tutur Malique setelah agak lama dia diam.

"Abang.." Seru Tasneem dengan nada lembut.

"Abang gagal jadi suami. Abang tak lindungi sayang. Sayang jadi macam tadi pun sebab abang." Kata Malique lagi.

Pantas Tasneem merenggangkan pelukan dan tangannya naik mengesat air mata Malique. Sayu saja wajah Malique ketika itu.

"Kenapa abang cakap macam ni? Abang tak gagal. Abang suami Haura." Balas Tasneem sambil mencium sekilas bibir Malique.

"Tapi.."

"Shh.. Haura tak nak dengar abang salahkan diri abang. Kalau abang cakap lagi dan salahkan diri abang. Haura tak nak cakap dengan abang. Haura nak merajuk dengan abang." Saja Tasneem mengugut suaminya.

His Love [C]Where stories live. Discover now