His Love : 60

5.6K 240 12
                                    

Selepas 4 bulan

Tasneem mencelikkan matanya. Dia mula bangun untuk duduk dan menyandarkan badannya di kepala katil. Kepalanya menoleh melihat Malique yang lena di sebelah.

Terlepas keluhan di celah bibirnya. Tangannya naik mengusap perutnya yang kian semakin hari semakin membesar. Kandungannya sudah pun menginjak 4 bulan.

Sepanjang dia mengandung, memang Malique selalu menjaga dia. Apa saja yang Tasneem mengidam. Akan Malique cari dan usaha sehingga dapat. Tak pernah lagi Malique tak tunaikan walaupun dia penat bekerja satu hari.

Kadang tu ada lah timbul rasa bersalah di hati Tasneem. Tapi dah rasa mengidam ni tak dapat nak dikawal. Nak buat macam mana kan? Nasib lah Malique faham. Lagipun Malique selalu tanya dia 'hari ni sayang ada mengidam apa-apa?' 'Sayang nak apa hari ni?' 'Sayang nak makan yang itu nanti abang cari'.

Dan macam-macam lagi soalan yang Malique akan tanya dia. Setiap malam pun Malique akan mengurut kaki Tasneem. Tak lupa juga dibacakan surah serta selawat untuk bayi dalam kandungan ini.

Tasneem membelai rambut Malique. Seksi lah suami Tasneem ni. Dah lah tidur tak berbaju. Hensem siot.

Terliur pula Tasneem tengok lama-lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terliur pula Tasneem tengok lama-lama. Walaupun suami sendiri. Hm.

Tasneem menggigit sedikit bibir bawahnya. Kenapa dia rasa nak macam nak terkam suami dia? Ini salah satu simptom mengandung ke?

Sejak usia kandungan Tasneem masuk ke tiga bulan, Tasneem mula mahukan suaminya saja. Lagi pantang bila nampak Malique tak pakai baju. Memang dia cepat.. hm. Korang faham lah sendiri.

Malique pun apalagi. Dia pun sama naik lah. Malique suka. Dia pun ada cakap yang Tasneem sejak mengandung ni seksi dan menggoda.

Haha.

Malique yang terasa seakan rambutnya dibelai. Dia membuka matanya. Terkedip-kedip matanya memandang wajah si isteri.

"Sayang kenapa bangun? Tak selesa ke? Ada nak makan apa-apa? Sakit pinggang? Ke sakit kaki? Nak abang urut? Sayang lapar? Nak abang masak?" Soal Malique bertubi-tubi.

Pantas dia bangun dan duduk menghadap Tasneem. Digosok sekejap matanya dan dia meraup wajahnya sambil disebakkan rambutnya ke belakang.

"Banyaknya soalan abang." Ketawa Tasneem mendengar semua soalan Malique barusan.

"Sayang okay tak?" Mengangguk Tasneem menjawab soalan Malique.

"Lapar?" Tasneem menggeleng.

"Lepastu kenapa bangun? Tak selesa? Sakit pinggang?" Mencebik bibir Tasneem. Angguk tidak, geleng pun tidak.

Faham lah Malique bila melihat riak wajah Tasneem sebegitu. Dia merapatkan jarak antara mereka. Dibawa tangan kanannya ke belakang badan Tasneem. Diurut perlahan pinggang si isteri.

His Love [C]Where stories live. Discover now