His Love : 28

6.3K 248 7
                                    

Pintu besi dibuka oleh seorang pegawai polis dan keluar lah seorang lelaki yang agak berumur melangkah keluar. Tersenyum lelaki tua itu. Dia mendepakan tangannya layak bagai baru menikmati dunia semula.

Dipusingkan badannya ke belakang dan diberikan senyuman kepada pegawai polis tersebut.

"Terima kasih, tuan." Ucapnya seraya menundukkan sedikit kepalanya.

Selepas itu, dia berpusing semula ke hadapan dan berjalan meninggalkan tempat itu. Tersenyum sinis lelaki tua itu.

"Zarina.." Meleret suara lelaki tua itu menyebut nama bekas isterinya.

Dilihat juga pemandangan di hadapan. Setelah 16 tahun berada di dalam penjara, akhirnya dapat jua dia menghirup udara luar. Banyak perubahan rupanya.

"Agak-agak anak aku sekarang kerja apa? Dengar-dengar macam dah berjaya. Harapnya lah." Terlepas tawa sinis lelaki tua tersebut.

"Aku tahu kau mesti susah Zarina nak jaga anak-anak kau tu. Entah-entah kau tampung hidup diaorang dengan duit haram kot. Mana tahu kau jadi pelacur." Sekali lagi lelaki itu melepaskan tawanya.

Rasa kelakar bila dia membayangkan bekas isterinya menjadi pelacur selepas diceraikan dan ditinggalkan olehnya. Pasti hidup merana dan susah. Apatah lagi sampai nak menanggung dua orang anak.

Usai itu, lelaki tua itu berjalan menyusur jalan-jalan kecil. Tersenyum lelaki tua itu apabila hendak ke tempat lamanya.

~~~~~~~~~~

TasHijabis's

Fokus Tasneem membuat kerjanya ketika ini. Pintu bilik kerjanya diketuk oleh Erina. Tasneem langsung mengangkat kepalanya dan memandang ke arah pintu.

"Masuk." Tasneem memberi izin. Lalu Erina membuka dan melangkah masuk ke dalam berserta dengan sejambak bunga mawar merah di tangan.

Berkerut dahinya melihatkan jambangan bunga tersebut. Besar. Sangat besar. Ditengah-tengah bunga mawar merah itu adanya coklat yang dijadikan bentuk love dan terselit satu kad berwarna putih.

"Untung lah.. encik shuben dia bagi. Haih." Ujar Erina selain meletakkan jambangan bunga mawar merah itu di atas meja kerja Tasneem.

Tersenyum manis Tasneem mendengarkan ujaran Erina. Selepas itu, dia berkalih memandang bunga yang berada di hadapannya ini.

Erina sudah mengetahui tentang dia yang sudah bernikah dengan Malique. Memang terkejut beruk si Erina. Dua hari juga dia merajuk dengan Tasneem. Dia terpujuk pun sebab Tasneem belanja dia heels dari Prada.

Dapat hadiah mahal, terus luluh. Dasar..

"Seronoknyaaaa ada suami. Hensem pula tu. Dahtu kaya. Orangnya tinggi, tegap, badan sasa, sado, perut ada six pack, wangi, ada jambang kalau cium tu rasa geli-geli tapi nikmat, duit kepok-kepok, gentleman, pandai masak, pandai kemas rumah.." Belum lagi Tasneem menghabiskan ayatnya. Erina pantas memotong.

"Diam lah kau! Tahu lah suami hensem. Hish." Sejurus itu, Erina terus berlalu keluar dari bilik kerja Tasneem. Berdentum juga lah bunyi pintu. Nampak sangat tak puas hati tu.

Terlepas kekehan tawa Tasneem ketika itu. Lucu dia tengok wajah cemberut Erina. Tasneem memang suka mengusik Erina. Lagipun jarak umur mereka tak jauh mana.

Tasneem sudah menganggap Erina ini seakan adik perempuannya. Lagi satu, Erina dengan Mustaqim tak sebulu tau. Asal jumpa bergaduh. Jadi kalau setiap kali Mustaqim datang butik. Memang Erina menyorok. Dia nak elak dari berjumpa dengan Mustaqim.

Katanya muka Mustaqim macam cicak. Dah lah kepeng. Berlagak hensem. Memang Mustaqim tu. Suka cari pasal. Dahtu dipanggilnya Erina ni singa. Kata Mustaqim, Erina ni garang. Mengalahkan singa.

His Love [C]Where stories live. Discover now