His Love : 63

9K 269 25
                                    

Malique memandang anaknya yang sedang menyusu itu. Bulat pipinya. Sedap sangat tu. Tapi itu papa punya tau. Jangan nak sedut dalam sangat.

Haha.

Tasneem yang perasan arah pandangan suaminya langsung menutup mata si suami. Dah lah pandang macam nak tembus. Gaya dia macam tak pernah nampak. Malu lah.

Terletus tawa Malique. Dia tahu yang Tasneem malu. Sebab tu tutup mata kita. Eleh. Padahal sebelum ni benda tu kita punya.

Malique memegang tangan Tasneem dan diturunkan. Menghalang lah. Baru nak tengok pemandangan indah ni.

"Tak payah nak gatal sangat mata tu." Kata Tasneem menghalang Malique dari melihat anaknya.

"Abang tengok anak lah." Padahal bukan tengok anak. Tengok benda lain. Macam tak tahu. Cucuk biji mata tu karang.

Berdecit Tasneem. Nampak sangat membongak tu. Haih. Nasib lah suami.

"Tembam betul pipi dia." Malique mencucuk sedikit pipi anak perempuannya. Merengek anaknya dibuat.

Tasneem terus menepuk perlahan punggung si kecil. Tak suka kena kacau bila tengah menyusu.

"Alolo.. papa usik sikit pun tak boleh. Sama macam mama lah." Tasneem berdehem dan menjeling tajam suaminya.

"Okay, okay." Malique mengangkat kedua tangannya ke atas tanda mengalah. Tasneem sejak dah jadi mama ni, terus garang. Takut Malique tengok.

"Abang dah ada nama untuk baby?" Soal Tasneem ingin tahu.

"Dah." Teruja wajah Tasneem. Tak sabar nak tahu.

"Apa dia?"

"Sayang tak kisah ke kalau abang yang bagi nama untuk anak?" Menggeleng kepala Tasneem tanda tidak kisah.

"Nur Kasih Haura." Beritahu Malique seraya mencium ubun-ubun anaknya.

"Haura?" Tasneem ingat main-main. Betul-betul rupanya dia bagi nama anak mereka 'Haura'.

"Kan abang dah kata. Abang memang nak namakan anak kita Haura." Dicuit hidung isterinya.

"Habistu nanti abang nak panggil apa? Haura juga? Mama dia Haura. Anak pun Haura."

"Takkan lah. Mama nya kita panggil sayang. Anaknya kita panggil Haura. Kalau sayang tak nak, kita panggil Kasih." Ujar Malique selari membetulkan duduknya.

Tangan kanannya naik memeluk bahu Tasneem. Tasneem menyandarkan kepalanya di bahu tegap Malique. Selesanya. Apa lagi bau Malique. Sungguh menenangkan dan akan sentiasa menenangkan.

"Abang panggil lah apa-apa pun. Kasih boleh. Haura pun boleh. Sayang suka nama tu. Nur Kasih Haura." Dicubit perlahan pipi anaknya. Kuat betul menyusu.

Haus sangat si montel ni.

"Terima kasih sayang sebab dah bertarung nyawa untuk melahirkan si montel ni yang kuat menyusu ni." Tergelak kecil Tasneem mendengar ucapan Malique.

"Sama-sama. Terima kasih juga dekat abang sebab setia dengan sayang. Jaga sayang. Lindung sayang. Sayang sayang. Cinta sayang. You are the best husband and papa in the world. Kan Kasih?" Kasih mengumam lembut seakan mengiyakan kata-kata mama nya tadi.

Tasneem dan Malique langsung berpandangan. Tak sangka yang Kasih akan merespon. Selepas itu, mereka sama-sama ketawa.

~~~~~~~~~~

Selepas beberapa hari Tasneem di hospital. Akhirnya Tasneem dibenarkan pulang. Seronok Tasneem rasakan. Lagi-lagi balik dengan anak perempuannya. Tak macam sebelum ni. Balik seorang.

His Love [C]Where stories live. Discover now