His Love : 58

5.2K 234 10
                                    

Malique melabuhkan punggungnya di birai katil sambil menunggu Tasneem yang masih berada di dalam bilik air. Mereka berdua baru saja habis makan malam.

Selepas saja siap makan malam, Malique yang mencuci pinggan. Tak nak penatkan isterinya lagi. Dah lah petang tadi habis masak, Tasneem melayan dia.

Dia tahu yang Tasneem penat. Sebab tu tak nak susahkan si isteri. Sungguh perhatian anda ya menjadi suami wahai Malique Zhafran.

Klak!

Tak lama selepas itu, pintu bilik air terbuka dari dalam. Berpaling kepala Malique memandang ke arah isterinya yang baru saja melangkah keluar dari dalam bilik air dengan memakai baju tidur satin berlengan panjang dan berseluar panjang.

Terbit senyuman nipis di bibir Malique.

"Sayang." Seru Malique sambil menggamit tangannya memanggil Tasneem supaya mendekat dengannya.

Menoleh Tasneem memandang suaminya. Dia langsung membalas senyuman Malique dan berjalan mendekati Malique.

Dekat saja si isteri. Terus Malique menarik tangan Tasneem. Terduduk Tasneem di atas paha Malique. Malique melingkarkan tangannya di pinggang Tasneem. Rambut Tasneem yang terjuntai di bahagian dahi, diselitkan ke belakang telinga.

"Cantiknya." Puji Malique. Membahang panas wajah Tasneem.

Malu.

"Merahnya pipi. Sayang pakai blusher ke?" Tasneem memukul perlahan bahu Malique. Orang dah tengah malu, diusiknya lagi.

Ketawa perlahan Malique melihat tingkah malu-malu Tasneem. Dicium sekejap pipi Tasneem.

"Sayang ni cantik sangat makan apa eh? Boleh share tips tak? Nanti abang jadi cantik juga macam sayang." Kata Malique seraya menggeselkan hidungnya dengan pili kiri Tasneem.

"Abang hensem lah. Mana boleh jadi cantik. Nanti muka abang jadi jambu." Diusap kedua pipi Malique.

Malique terbuai dengan usapan lembut di pipinya. Dia memejam matanya lalu melentokkan kepala dibahu Tasneem.

"Takpa lah. Abang nak cantik juga." Jawab Malique bersahaja.

Tasneem menarik hidung Malique sehingga Malique menjerit kesakitan. Digosok hidungnya dan dipandang wajah Tasneem yang beriak selamba itu.

"Padan muka. Dah kata tak boleh jadi cantik. Kalau nak cantik.. kena ada anak perempuan lah. Baru okay. Anak perempuan cantik, anak lelaki hensem." Malique yang mendengar soal anak terus berubah wajahnya.

Dilirik tubuh si isteri yang masih duduk di atas pahanya dengan riak nakal. Dijilat sedikit bibir bawahnya.

"Buat baby jom. Baru boleh dapat anak awal-awal. Kan?" Dinaikkan kedua keningnya sambil tangannya meliar di belakang badan Tasneem.

"Hm. Malas layan. Gatal." Tasneem menepis tangan Malique yang meraba belakang badannya.

"Garu." Kata Malique dan Tasneem serentak.

"Eh?" Malique menyengetkan kepalanya memandang si isteri.

"Dah tahu sangat ayat abang." Tersengih kambing Malique jadinya.

"Jom tidur. Haura ngantuk lah." Ajak Tasneem sambil mengenyeh matanya. Tapi tangannya ditarik Malique. Digenggam tangan Tasneem. Tenggelam terus tangan Tasneem di dalam genggaman tangan Malique.

"Tak nak lah genyeh mata. Nanti sakit." Sehabis saja menuturkan ayat itu, Malique langsung mencium kedua mata Tasneem.

Terpejam seketika Tasneem dan dia merasai kucupan Malique di matanya. Terbit senyuman kecil. Tangannya naik melingkar di batang leher Malique.

His Love [C]Where stories live. Discover now