His Love : 10

6.1K 298 19
                                    

Dato Sri Taarif duduk sambil memandang Malique yang berdiri di hadapannya. Tadi Dato Sri Taarif memanggil Malique untuk datang ke bilik kerjanya selepas Malique menghantar Tasneem balik.

"Duduk, Liq." Arah Dato Sri Taarif.

Tanpa kata, Malique melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di hadapan Dato Sri Taarif.

Dia sendiri pun tak pasti kenapa Dato Sri Taarif panggil dia. Yang dia tahu, dia datang menghadap bapa tirinya ini.

"Who are you?" Soal Dato Sri Taarif tiba-tiba.

Terjungkit sebelah alis Malique kerana tidak mengerti dengan soalan Dato Sri Taarif barusan.

"Saya Malique." Jawab Malique tenang.

"I know your name. Tapi yang saya nak tahu. Siapa awak pada isteri saya?" Soalan Dato Sri Taarif cukup mengejutkan Malique.

Takkan rahsia dah bocor? Malique mengawal reaksi wajahnya dan menenangkan dirinya. Dia tetap menunjukkan reaksi tenang di depan Dato Sri Taarif. Langsung tidak bertindak gelabah atau takut.

"Takda apa-apa." Tergelak nipis Dato Sri Taarif selepas mendengar jawapan Malique.

"Tuan Malique Zhafran. CEO M's Golden. Anak kepada Tuan Maliki dan Puan Zarina yang sekarang digelar sebagai Datin Sri Zarina." Terukir senyuman kecil di bibir Malique.

Dia dah agak. Dato Sri Taarif ni pun bukan calang-calang orang. Apa lagi Dato Sri Taarif menyuruh dia untuk menjadi bodyguard kepada Tasneem. Sudah tentu Dato Sri Taarif akan menyiasat tentang dirinya.

Bukan suka-suka Dato Sri Taarif nak menjadikan dia sebagai bodyguard kepada Tasneem.

"I knew it." Ringkas balasan Malique.

"Kenapa tak jujur?"

"Ada sebab."

"Apa sebabnya?" Malique memerhati wajah Dato Sri Taarif. Dia melepaskan nafas berat.

"Liq nak tahu.. umi Liq dah lama tunggu Liq. Tak pernah dia lupa tentang Liq walaupun sesaat. Setiap malam umi Liq akan menangis sebab teringat tentang Liq. Liq masih nak berahsia?" Beritahu Dato Sri Taarif jujur.

Memang setiap malam Datin Sri Zarina selalu menangis dan merintih memanggil nama Malique. Bahkan dalam tidur juga, Datin Sri Zarina akan memanggil nama Malique.

"Umi rindu Liq. Jujur lah dengan dia. Liq tak kesian dengan umi ke?" Terdiam Malique saat mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Dato Sri Taarif.

"Saya masih belum bersedia."

"Liq tak rindu umi?" Senagja Dato Sri Taarif bertanya begitu. Dia yakin sangat yang Malique pun rindu akan Datin Sri Zarina.

Malique tidak menjawab malah dia hanya tersenyum nipis apabila mendengar soalan Dato Sri Taarif.

"Kalau dah takda apa, saya keluar dulu. Esok saya tak dapat datang. Saya minta cuti tiga hari. Saya kena pergi Penang untuk uruskan kerja di sana." Sejurus itu, Malique terus berlalu keluar tanpa menunggu balasan Dato Sri Taarif.

Dato Sri Taarif melihat saja kepergian Malique sehingga hilang figura tegap itu.

"Rina.. abang dah jumpa anak awak." Gumam Dato Sri Taarif perlahan.

~~~~~~~~~~

Danial dan Husna saling berpandangan apabila melihat Malique yang hanya diam dan banyak termenung.

Masing-masing berteka-teki dan saling mengangkat kedua kening seakan beramah sesama sendiri. Setelah itu, diangkat pula bahunya.

"Liq." Tegur Husna. Tersentak Malique. Dia menoleh melihat dua orang sahabatnya.

His Love [C]Where stories live. Discover now