His Love : 15

7.4K 333 26
                                    

"Good morning, umi." Sapa Tasneem selepas turun dari tingkat atas.

Dia berjalan menunju ke arah Datin Sri Zarina yang sedang meletakkan mangkuk yang berisi mee goreng di atas meja makan.

Berpaling Datin Sri Zarina memandang Tasneem. Terukir senyumanny melihatkan Tasneem.

"Good morning." Balas Datin Sri Zarina.

"Good morning, Mak Lijah." Sapa Tasneem lagi selepas melihat Mak Lijah berjalan masuk ke ruang makan untuk menghidangkan air teh panas.

"Good morning, Aneem." Balas Mak Lijah ceria.

"Papa dan Taqim mana?" Tanya Tasneem apabila tidak kelihatan Dato Sri Taarif dan Mustaqim.

"Papa dalam bilik kerja. Taqim tak bangun lagi lah tu." Mengangguk faham Tasneem. Dia menarik kerusi dan melabuhkan duduknya.

"Aik? Tanya papa dan Taqim je ke? Suami tak nak tanya?" Datin Sri Zarina menarik kerusi yang berhadapan dengan Tasneem lalu melabuhkan punggungnya. Tersenyum-senyum Datin Sri Zarina.

"Em.. m-mana Liq?" Soal Tasneem sambil mencapai sudu dan garfu.

"Keluar pagi tadi." Tasneem terus memanggungkan kepalanya memandang Datin Sri Zarina.

"Dia keluar tak cakap dengan Aneem pun. Pergi mana?" Berkerut dahi Tasneem.

"Joging." Jawab Datin Sri Zarina ringkas.

"Oh." Mengangguk Tasneem mengerti.

"Good morning, umi." Sapa Malique yang baru balik dari joging. Tasneem mengangkat wajahnya memandang gerangan tersebut. Wah.. seksi.

Dengan pakai singlet hitam tak berlengan. Ada peluh. Pakai pula seluar pendek. Like.. WOW!

Malique berjalan mendekati Datin Sri Zarina dan dikucup lembut kepala uminya. Setelah itu, dia mendekati Tasneem pula. Dicium dahi Tasneem. Kaku Tasneem dibuatnya.

Garfu yang baru hendak disuap ke dalam mulutnya terhenti pergerakan tangan Tasneem. Selepas itu, Malique yang menyuap dirinya dengan garfu Tasneem.

Tasneem mengerdipkan matanya lambat. Dia nak proses apa yang tengah terjadi sekarang.

Datin Sri Zarina dah tersenyum-senyum apabila melihat Malique dan Tasneem. Nampak serasi sangat. Bagai pinang dibelah dua. Suka Datin Sri Zarina tengok.

Malique menarik kerusi di sebelah Tasneem dna melabuhkan punggungnya. Tangan kanannya diangkat dan diletakkan di belakang Tasneem. Malique mendekatkan dirinya dengan Tasneem.

"Cedok kan aku mee goreng." Kata Malique sambil menatap sisi wajah Tasneem.

Tasneem dah jadi patung mannequin dekat situ. Kaku dan beku.

Datin Sri Zarina langsung bangun dan melangkah ke dapur. Tak nak kacau pengantin baru tu. Datin Sri Zarina mahu Tasneem terbiasa dengan Malique.

"Hei." Malique meniup telinga Tasneem. Menggeliat geli Tasneem. Tasneem menoleh memandang Malique.

Terkejut dia apabila Malique sedekat ini dengan dia. Terkebelakang sedikit badannya.

"A-awak nak apa?" Soal Tasneem.

Dari semalam lagi Malique suka buat jantung dia mengepam dengan laju. Tulah.. masa belum kahwin kau berani sangat usik dia. Sekarang.. pembalasan.

"Mee goreng, baby." Tercekik Tasneem bila Malique memanggilnya baby.

"H-hah?"

"Iya, baby. Mee goreng. Kau hah lagi aku cium bibir kau." Tasneem terus memandang bibir Malique. Dia menelan air liur apabila terbayangkan kalau Malique mencium bibir dia dengam bibir seksi itu.

His Love [C]Where stories live. Discover now