His Love : 13

6.1K 315 18
                                    

Laju langkah Dato Sri Taarif, Datin Sri Zarina dan Mustaqim melangkah masuk ke dalam Jabatan Agama Islam selepas mendapat panggilan yang Tasneem ditangkap berkhalwat dengan Malique di butik.

Terkejut Dato Sri Taarif ketika mendapat berita itu. Langsung dia berlari keluar dari bilik kerjanya dan menuruni tangga dengan keadaan kelam kabut.

Bila turun di bawah, dia melihat isteri dan anaknya sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Terus dia mengajak isteri dan anaknya itu. Di dalam kereta baru lah Dato Sri Taarif menceritakan segalanya.

Hampir Datin Sri Zarina ingin mendapat penyakit jantung. Mustaqim pula sudah terdiam. Langsung takda sepatah perkataan yang keluar dari mulut Mustaqim.

Masuk saja, langsung Dato Sri Taarif dapat menangkap dua susuk tubuh yang sedang duduk di kerusi. Yang perempuan tengah menunduk sambil menangis. Yang lelaki pula tengah duduk dengan riak kerisauan.

Laju langkah Dato Sri Taarif mendekati Tasneem dan Malique. Datin Sri Zarina dan Mustaqim mengekori langkah Dato Sri Taarif.

Tasneem mengangkat wajahnya saat mendengar derapan bunyi kaki. Malique pun sama. Lantas Tasneem bangun dan berjalan menghampiri papa nya.

Tanpa Tasneem sempat membuat apa-apa. Dato Sri Taarif terus menampar wajah anak perempuannya itu. Terteleng wajah Tasneem ke kanan. Datin Sri Zarina, Mustaqim dan Malique terus terkejut dengan tindakan Dato Sri Taarif barusan.

Datin Sri Zarina terus meluru ke arah Tasneem. Dipandang wajah suaminya sekejap.

"Apa abang buat ni?" Tanya Datin Sri Zarina dengan tidak percaya. Dipeluk Tasneem seraya menggosok belakang Tasneem bagai menenangkan.

Tasneem sudah tersedu-sedu menangis di pelukan Datin Sri Zarina.

"Budak ni dah memalukan abang. Dah lah tak bagitahu yang dia ke butik seorang diri. Tahu-tahu je kena tangkap khalwat." Tegas suara Dato Sri Taarif. Dipandang sekilas anaknya yang berada di pelukan isterinya itu.

"Aneem minta maaf, pa.. Aneem tahu Aneem salah. Tapi Aneem tak salah. Aneem tak tahu siapa yang buat Aneem macam ni.. Malique datang butik sebab nak bantu Aneem. Aneem sesak nafas sebab butik gelap." Jelas Tasneem takut-takut.

Dia melepaskan pelukan Datin Sri Zarina. Selepas itu, Tasneem berpusing menghadap Dato Sri Taarif. Wajahnya masih menunduk. Dia berjalan merapati papa nya.

Malique seakan mahu mendekati Tasneem tapi Mustaqim menahan. Malique memandang Mustaqim yang menggelengkan kepalanya perlahan.

Malique diam. Dia berdiri di tempatnya semula. Dipandang Tasneem dan Dato Sri Taarif. Lagi-lagi Tasneem.

"Pa.." Tasneem mengangkat wajahnya merenung Dato Sri Taarif. Sayu suaranya memanggil papa nya.

"Aneem minta ampun sebab dah malukan papa. Aneem berani bersumpah ini bukan salah Aneem." Pinta Tasneem dengan air mata mengalir laju turun ke pipi. Dia merenung wajahnya papa dengan penuh harapan agar Dato Sri Taarif percaya kepadanya.

Tajam mata Dato Sri Taarif membalas renungan anaknya. Selepas itu, matanya digerakkan memandang Malique.

"Papa nak korang kahwin." Terkejut Tasneem dan Malique saat mendengar arahan Dato Sri Taarif.

"Tapi, pa.." Dato Sri Taarif lagi pantas memotong.

"Ini bukan permintaan. Tapi arahan. Aneem nak malukan papa lagi ke?" Menggeleng Tasneem tidak mahu.

"Jadi, kahwin."

"Dato." Sampuk Malique yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dato Sri Taarif menunggu Malique menyambung kata-katanya.

His Love [C]Where stories live. Discover now