His Love : 54

4.8K 235 19
                                    

Selepas hampir seminggu mereka berkampung di hospital. Akhirnya Tasneem balik juga ke rumah. Tapi bukan rumah mereka.

Tasneem dan Malique pulang ke villa Dato Sri Taarif. Itu semua atas arahan Datin Sri Zarina. Katanya Tasneem harus berpantang. Kalau duduk rumah sendiri, belum tentu pantang.

Takut ada yang merenyam. Dekat hospital pun dah tercuit-cuit. Setiap kali Datin Sri Zarina datang melawat, selalu lah Datin Sri Zarina perhatikan anak-anaknya itu.

Dua-dua sama naik. Dua-dua sama gatal. Haih. Tak boleh jadi.

Itu lah sebabnya Datin Sri Zarina menghalang Tasneem berpantang di rumah sendiri. Karang ada yang terbabas. Hm.

Punya lah Malique bantah tak bagi Tasneem pantang di villa. Lepastu telinga dia jadi mangsa Datin Sri Zarina. Habis dipulas telinga anaknya. Tasneem hanya terkekeh ketawa. Takda niat nak membantu.

"Slow-slow sayang." Tutur Malique sambil memimpin isterinya masuk ke dalam villa.

"Iya, abang." Perlahan langkah Tasneem. Tasneem memegang bahagian perutnya yang masih berbalut. Kesan tikaman hari itu pun masih belum baik lagi.

Ada sekali tu, jahitannya terbuka sebab dia gelak besar sampai tak ingat dunia. Semuanya sebab Mustaqim dan Aedy.

Masa tu juga lah Malique tahan rasa cemburu bila melihat Tasneem tampak mesra dengan Aedy. Tak pasal-pasal malam itu jadi malam Tasneem memujuk si buah hatinya ini.

Merajuk mengalahkan budak kecil. Hish.

"Ya Allah.. dah sampai. Duduk sini." Arah Datin Sri Zarina selari menyuruh Malique membawa untuk duduk di sofa dahulu.

Malique akur dan memimpin tangan isterinya. Dibawa dengan penuh berhati-hati. Tasneem memegang perutnya. Terasa sakit sedikit.

"Okay tak ni?" Soal Datin Sri Zarina apabila melihat kerutan wajah Tasneem.

"Okay. Umi jangan risau. Aneem kan kuat. Selalu minum susu untuk kuatkan tulang." Sempat-sempatnya dia nak melawak.

Tergelak kecil Malique mendengar lawak hambar isterinya. Sampai saja di sofa, ditolak lembut badan Tasneem untuk duduk. Selepas itu, dia turut sama melabuhkan punggungnya di sebelah Tasneem.

"Nanti Aneem pindah bilik bawah. Untuk sementara sampai habis pantang. Umi risau nak bagi kamu turun dan naik tangga. Luka tikaman dekat perut tu pun belum sembuh lagi. Tambah pula luka masa belah perut Aneem untuk keluarkan baby tu." Ujar Datin Sri Zarina selari melabuhkan punggungnya di hadapan pasangan sejoli ini.

Mengangguk faham Tasneem. Dia akur. Dia tak nak membantah. Lagipun apa yang Datin Sri Zarina buat semua demi kebaikan dia.

Malique membelai kepala isterinya. Nasib lah Tasneem tidak melayan sangat perasaan sedih sehingga membawa kemurungan. Malique memang tak pernah mahu meninggalkan Tasneem bersendirian. Sebab dia pernah nampak Tasneem akan menangis seorang diri.

Kerana itu lah dia selalu menemani Tasneem. Tak nak Tasneem sendiri atau merasa sendiri.

"Ni Aneem dah makan belum? Kalau belum, nanti umi suruh Mak Lijah siapkan makanan untuk Aneem." Soal Datin Sri Zarina.

"Belum lagi umi." Jawab Tasneem.

Tangannya yang dipegang Malique dibalas dengan erat. Ditundukkan sedikit kepalanya bagi melihat tangannya yang tenggelam dalam genggaman tangan besar Malique. Comel saja.

"Pergi rehat. Nanti umi suruh Mak Lijah hantar ke bilik. Umi sebenarnya nak keluar ni sekejap. Ada hal. Papa call tadi. Aliq jaga Aneem elok-elok. Jangan nak cuit-cuit dia. Umi tahu.. memang umi piat telinga Aliq nanti. Faham?" Beritahu Datin Sri Zarina sembari memberi peringatan kepada Malique dengan tegas.

His Love [C]Where stories live. Discover now