His Love : 56

4.8K 232 9
                                    

Tasneem duduk di atas bangku yang berada di taman. Dia menghirup udara segar sambil memejamkan matanya. Dia menikmati suasana petang waktu itu. Segar nya. Rasa nyaman dan damai saja.

Alhamdulillah. Selepas 44 hari, akhirnya selesai juga Tasneem dari hal berpantang. Cumanya dia masih tetap perlu menjaga kesihatan tubuh badannya di luar mahupun di dalam.

Kesan tikaman di perutnya telah meninggalkan parut yang akan menjadi kenangan buat dirinya dan takkan pernah Tasneem lupa tentang hal itu.

Hal di mana kali pertama dan kali terakhir anaknya bersamanya. Sehingga sekarang Tasneem masih teringat. Hanya tidak ditunjuk saja pada semua orang. Tasneem berlagak kuat bila di hadapan semua orang. Dia tak nak orang lain melihatny lemah.

Cuma ada satu orang saja yang boleh melihat dia dalam keadaan lemah. Siapa lagi kalau bukan Malique. Lelaki itu lah yang menjaganya. Dari awal mereka kenal sehingga sekarang.

Seperti sekarang lah. Malique setia berada di sisinya. Sanggup balik kerja awal seban nak bawa dia ke taman. Padahal suaminya itu penat. Tapi Malique cakap setakat nak melayan Tasneem, kacang saja.

Walaupun penat, bila tengok muka Tasneem. Hilang terus rasa penatnya.

Tasneem berpaling menghadap Malique. Dia melihat sisi wajah tampan si suami. Malique yang merasa seperti diperhati. Langsung menoleh memandang isterinya. Ternaik kedua alisnya tanda bertanya kenapa.

Tersengih suka Tasneem sambil menggelengkan kepala. Dilentokkan kepalanya di bahu kekar Malique. Malique melabuhkan kucupan di ubun-ubun si isteri. Dihidu bauan wangian yang terbit dari Tasneem.

"Wanginya." Puji Malique lembut.

Tersipu malu Tasneem dibuatnya. Dia memeluk lengan sasa Malique.

"Selalu puji wangi. Kalau sayang berak busuk pun agaknya abang kata wangi." Terkekeh perlahan Malique mendengarkan ayat Tasneem.

"Nak buat macam mana lagi dah kalau wangi sangat?" Mendongak Tasneem memandang suaminya. Dia memincingkan matanya.

"Taik sayang pun wangi?" Mengangguk Malique menjawab soalan Tasneem.

Ketawa Tasneem melihat anggukan Malique. Ada ke patut macam tu? Agak-agak lah. Haih.

"Over betul." Menjuih bibir Tasneem. Dihalakan pandangan ke hadapan semula. Dipandang pemandangan yang terbentang indah di hadapannya. Sungguh cantik.

Malique merenung sisi wajah Tasneem. Bagi dia, pemandangan yang berada di hadapan tak mampu mengalahkan wajah cantik Tasneem. Tasneem lah pemandangan indah dia.

"Abang." Lama mereka berdiam diri sehingga Tasneem yang memecahkan kesunyian antara mereka.

"Hm." Gumam Malique menyahut panggilan Tasneem.

"Kalau Haura izinkan abang untuk kahwin lagi satu, abang terima?" Terkejut Malique dengan pertanyaan isterinya.

"Apa yang sayang merepek ni?" Soalan dibalas soalan.

Berpaling kepala Tasneem memandang suaminya. Tangan kanannya naik mengusap lembut pipi Malique bagaikan memujuk.

"Haura nak abang ada anak. Haura ni belum tentu masih boleh bagi abang anak." Sendu saja wajah Tasneem ketika itu.

"Soal anak tu rezeki sayang. Lambat atau cepat, itu semua rezeki dari Allah. Kalau kita takda anak sekali pun, kita hidup je lah berdua. Kalau nak anak sangat, ambil anak angkat. Abang tak kisah." Balas Malique seraya merenung dalam wajah isterinya.

"Tapi Haura kisah. Haura nak abang ada anak dari keturunan abang sendiri." Berkerut dahi Malique mendengar balasan Tasneem.

Dia tak tahu apa yang merasuk isterinya sekarang ini. Dia mengalihkan tangan Tasneem yang berada di pipinya lalu berdiri dan memandang ke hadapan.

His Love [C]Where stories live. Discover now