His Love : 5

5.9K 308 10
                                    

"Give me one Hazelnut Milk Tea and one Lychee Sago Tea Smoothie." Pesan Tasneem pada orang yang mengambil pesanannya di kaunter.

Tasneem sekarang berada di Tealive. Dari semalam tekaknya mahukan minuman tersebut. Dah alang-alang tu dia belikan sekali untuk Mustaqim.

Mereka dua beradik memang suka sangat dengan minuman jenama Tealive itu. Nak beli yang 'sebelah' tak boleh sebab dah kena boikot. Jadi kita kena support jenama dari Malaysia.

Lebih afdal.. haha.

Selesai saja Tasneem membuat pesanan. Tasneem berpusing ingin bergerak ke arah kerusi yang dijadikan tempat menunggu. Tetapi, dirinya terlanggar seseorang.

"Sorry, sorry. Saya tak perasan." Pinta Tasneem dengan rasa bersalah.

"It's okay, girl." Terhenti perlukan Tasneem apabila mendengar suara garau itu. Macam kenal.

Lantas Tasneem mendongak memandang jejaka tersebut. Malique!

Tersungging senyuman lebar Tasneem bila melihat Malique. Dipandang Malique dari atas sehingga bawah. Segaknya. Malique memakai kemeja hitam dan berseluar hitam. Lengan baju pula disingsing hingga ke siku.

Nampak lah urat-urat timbul dekat lengan Malique. Wahhhh.. dah lah muka tu ada jambang. Macam hero Turki series yang selalu Tasneem tengok.

Malique melihat ke belakangnya. Ramai beratur. Tapi Tasneem boleh pula tenung saja muka dia. Dahtu diam macam patung.

Dia kembali memandang ke hadapan dan memetik jari di hadapan Tasneem untuk menyedarkan gadis cantik itu. Tersentak Tasneem. Memerah wajahnya. Malu lah pula.

Kantoi lah. Tasneem menggaru kepalanya untuk menghilangkan rasa janggal dan dia tersengih kepada Malique serta yang lain.

"Sila, sila. Order lah." Tasneem bergerak ke tepi dan memberi ruang kepada Malique untuk membuat pesanan.

Tasneem menapak mendekati kerusi yang disediakan. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Tasneem menunggu air yang dipesan tadi sehingga siap sambil bermain dengan handphone nya.

'Ting'

Tiba-tiba, handphone nya berdenting tanda ada mesej baru yang diterima. Tasneem membuka pesanan ringkas itu. Dari Mustaqim.

Taqim Boboi ❤️👦🏻
Kakakku tersayang.. di manakah kamu? Adikmu ini mencari.

Berdecit Tasneem bila membaca chat itu. Over betul. Ini kalau Mustaqim ada dekat ni.. memang dia headlock kepala si budak Mustaqim tu.

Tasneem
Over lah. Kakak dekat tealive ni. Taqim dekat mana?

Taqim Boboi ❤️👦🏻
Taqim dekat butik. Kalau macam tu, Taqim pergi dekat kakak lah. Kakak tunggu tau.

Tasneem
Alright. Hati-hati.

Taqim Boboi ❤️👦🏻
👍🏻👍🏻

Usai itu, Tasneem membuka instagram. Dia mengscroll apps itu. Mana tahu ada berita yang best ke. Gosip terbaru ke.

Malique yang duduk berhadapan dengannya merenung Tasneem tak lepas. Tanpa Malique sedar, bibirnya menyunggingkan senyuman nipis apabila melihat wajah Tasneem.

Comel.

Lama Malique memerhati Tasneem sehinga matanya bertembung dengan mata coklat tersebut. Tapi langsung tiada perasaan ingin mengalihkan pandangannya. Ditatap wajah jelita Tasneem.

Tasneem yang perasan akan pandangan Malique terus memandang ke kiri dan kanannya. Setelah itu, dia berpusing ke belakang. Mana lah tahu Malique pandang orang lain ke. Karang dia perasan buat malu saja.

His Love [C]Where stories live. Discover now