His Love : 59

4.9K 236 8
                                    

TasHijabis's

Tasneem memegang perutnya. Diusap dengan penuh kelembutan. Terbit senyuman yang terlakar manis di bibir mungilnya. Dia rasa bahagia sangat.

Tak pernah dia sangka bahawa Allah akan menggantikan rezeki zuriat ini dengan secepatnya. Memang benar. Jika itu kehendaknya, Allah akan makbulkan jua. Seperti sekarang.

Tasneem baru saja pulang dari klinik setelah dia merasa pelik badan dia sendiri. Tasneem mudah rasa letih dalam dua hingga tiga hari ini. Apa lagi perangai dia yang pelik sejak sebulan yang lalu.

Dia ada membaca simptom ibu-ibu mengandung di laman web. Selepas membaca lah dia pergi ke klinik untuk mengesahkannya.

Alhamdulillah!

Tasneem disahkan mengandung. Sudah dua minggu kandungannya. Tak pernah Tasneem membayangkan kalau Allah akan gantikan dengan secepat ini.

"Terima kasih, ya Allah. Alhamdulillah." Bersyukur Tasneem rasakan sekarang.

Dipandang perutnya yang masih tidak kelihatan bentuknya lagi.

"Tak sabar mama nak bagitahu papa. Mesti papa bahagia." Ujar Tasneem sendirian. Bibirnya masih lagi mekar dengan senyuman.

Tak lama kemudian, Tasneem berkalih memandang ke arah pintu apabila terdengar bunyi ketukan dari luar. Lantas Tasneem membetulkan cara duduknya.

"Masuk." Erina membuka pintu bilik kerja Tasneem berserta dengan senyuman. Dia melangkah masuk ke dalam bersama dengan jambangan bunga mawar merah yang ada di tangannya.

Berkerut dahi Tasneem melihatkan jambangan bunga tersebut.

"For you." Kata Erina selari meletakkan jambangan bunga mawar merah tadi di atas meja kerja Tasneem.

"Siapa bagi?" Soal Tasneem. Tangannya bergerak mengambil jambangan bunga tersebut.

Erina mengangkat kedua bahunya sebagai tanda tidak tahu. Tapi takkan lah lelaki lain nak beri bunga pada Tasneem. Tasneem kan isteri orang. Dah tentu lah Malique. Ye dok?

"Suami kau lah kot. Takkan lelaki lain." Tasneem mengangguk kecil. Betul juga apa yang dikatakan Erina tadi.

"Thanks."

"You're welcome. Aku keluar dulu. Ada kerja nak settle." Tasneem mengangguk perlahan sambil tangannya dibuat gaya seperti menghalau.

Berdecit Erina dibuatnya. Dihalaunya kita. Ish.

Tasneem mengambil satu kad yang terselit di antara bunga tersebut. Dibaca setiap bait ayat yang ditulis.

"I miss you a lot, baby❤️."

From : Your Manja Husband

Tersenyum manis Tasneem membaca ayat rindu dari suaminya. Ada-ada saja lah. Tak sabar Tasneem jadinya hendak memberitahu tentang berita gembira ini.

"Baby.. tengok lah papa awak ni. Romantik betul. Haih. Macam mana lah mama tak sayang dan cinta sangat-sangat dengan papa awak ni? Pandai buat mama senyum." Monolog Tasneem sendirian sambil mengusap perutnya. Dipandang jambangan bunga mawar tersebut.

"Nanti kita jumpa papa, okay?" Makin melebar senyuman Tasneem bila membayangkan riak wajah Malique saat dia memberitahu tentang kandungannya ini nanti.

~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum." Malique membuka kasutnya dan diletakkan di atas rak kasut yang tersedia.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah sambil membuka butang yang berada di pergelangan tangan bajunya. Matanya Melilau mencari susuk tubuh kesayangan dia.

His Love [C]Where stories live. Discover now