His Love : 55

4.8K 220 14
                                    

Jarinya mengesat kesan comot di tepi bibir Tasneem. Nampak berselera Tasneem makan. Tak macam dekat hospital. Asyik merengek kata tak nak saja.

Biasalah. Makanan hospital. Mana pernah sedap.

#terkutuk

"Sedap?" Pantas Tasneem mengangguk.

"Sedap lagi makanan hospital atau makanan dekat rumah?" Saja tanya. Padahal dah tahu jawapan.

"Dekat rumah. Mak Lijah masak memang A+++++." Tersengih lebar dia di hadapan Malique. Siap bagi dua jari thumbs-up lagi.

"Uiii.. sedap sangat tu. Yalah, kalau sebelum ni asyik kutuk makanan hospital." Ketawa Tasneem mendengar kata-kata suaminya. Memang betul pun.

Seminggu dia dekat hospital. Seminggu tu juga dia kutuk makanan hospital. Dia cakap orang yang masak tu tak reti masak ke? Tak masuk kelas memasak? Tasneem siap cakap jangan sampai dia daftarkan orang tu masuk kelas memasak. Makanan tu asyik dikata tawar saja. Dan macam-macam lagi.

Kalau Malique teringat balik semua tu. Dia mesti gelak. Sebab tengok gelagat Tasneem tengah membebel. Haih lah isteri.

"Sedap apa makanan hospital."

"Best apa pergi hospital. Bukannya busuk pun." Perli Tasneem semula.

Memincing mata Malique merenung wajah Tasneem yang selamba itu. Selepas itu, dicuit puncak hidung Tasneem.

"Pandai eh perli abang?" Soalnya.

"Ofcos." Jawab Tasneem bersahaja. Mukanya dibuat lagak.

Terlepas tawa Malique apabila melihat reaksi si isteri. Apa-apa saja lah. Asalkan isteri dia bahagia.

"Sayang lepas habis pantang ni.. sayang ada teringin nak makan apa-apa tak?" Soal Malique seraya menyuap nasi berlaukkan ikan panggang ke mulut Tasneem.

"Ada. Banyakkkkk.." Jawab Tasneem selepas mengunyah dan menelan makanannya. Kedua tangannya turut didepakan sama.

"Banyak sangat tu. Apa je?" Berdehem Tasneem. Dia menegakkan duduknya. Cara dia macam nak bagi taklimat.

"Pizza, ramen, nasi ayam, ikan talapia masak berlado, rendang ayam, kuah kacang, sayur lodeh, acar timun, ikan sepat masak sambal dan banyak lagi." Fokus Malique mendengar semua senarai makanan yang dikatakan Tasneem barusan.

Sampai terangguk-angguk kepala. Memang banyak. Banyak sangat sampai dia rasa macam ingat-ingat lupa saja ni. Tapi, takpa nanti dia tanya balik.

"Habis pantang, kita makan semua tu eh?" Laju kepala Tasneem mengangguk. Wajahnya pun langsung berubah ceria dan teruja.

"Thank you, abang." Ucap Tasneem seraya mencium pipi Malique.

Malique pun apa lagi. Suka lah dia. Isteri cium tu. Hish korang ni. Bibir dia dah macam nak terbelah sebab senyum lebar sangat.

"Abang, lepas ni sayang nak mandi. Rasa melengas lah." Pinta Tasneem. Sebelum ni dia cuma lap-lap badan saja. Nak mandi, takut pula.

Luka dia tu pun tak kering lagi.

"Lap badan je lah." Mencebik bibir Tasneem.

"Okay-okay. Mandi ya. Abang mandikan. Nanti takda lah terkena dekat luka sayang ni." Pujuk Malique apabila melihat wajah cemberut dan bibir cebik isterinya.

Comel sungguh. Rasa nak gigit-gigit saja. Tapi kena tahan. Tak pasal-pasal nanti telinga dia yang putus. Serik.

"Baik, abang." Tasneem tersenyum lucu di hadapan Malique. Malique mencubit sedikit pipi tembam Tasneem. Geram.

His Love [C]Where stories live. Discover now