His Love : 61

5.2K 240 11
                                    

"Sudah-sudah lah tu Aneem makan mangga. Masam tu." Tegur Datin Sri Zarina. Dari tadi Datin Sri Zarina dok perhati Tasneem yang sedap mengunyah mangga masam sambil cecah dengan sambal kicap.

Datin Sri Zarina tadi makan satu suap pun muka dah kerut-kerut. Tasneem ditengok rilek saja makan. Makin menambah. Bukan mengurang. Haih.

"Sedap ni umi. Umi tak nak ke?" Pelawa Tasneem sambil masih mengunyah.

"Dah-dah lah. Ya Allah.. budak seorang ni. Awak tu mengandung. Tak elok makan masam banyak sangat. Takat memenuhi rasa mengidam tu takpa lagi." Ha kalut.. Datin Sri Zarina dah start nak membebel.

Pantas Tasneem menghentikan suapannya. Dia tak nak Datin Sri Zarina start enjin dekat mulut tu. Karang payah nak berhenti. Dah lah dia yang kena hadap.

Adoiii..

"Dah umi. Aneem dah stop." Tasneem menolak sedikit pinggan yang masih penuh dengan mangga dan mangkuk yang berisi sambal kicap.

Selepas itu, Tasneem terus bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Dia nak mencari suaminya. Mana pergi? Tadi kata nak ambil barang sekejap.

Tahu-tahu hilang. Tak datang dekat dia semula.

Datin Sri Zarina sekadar menggelengkan kepala melihat Tasneem. Cari suami dia lah tu kalau dah muka pastu kepala dah terjenguk sana dan sini.

"Cari Aliq ke?" Soal Datin Sri Zarina.

Berpusing Tasneem memandang Datin Sri Zarina. Dia menganggukkan kepalanya.

"Tadi umi nampak dia keluar. Cuba tengok dekat luar tu hah."

"Okay, umi." Lantas Tasneem menghayunkan kakinya bergerak ke arah luar rumah. Dapat dia lihat suaminya yang sedang duduk di atas kerusi batu yang ada di luar.

Sejurus itu, Tasneem memakai selipar dan menapak mendekati si suami. Dekat saja langsung dipeluk si suami dari belakang.

"Abang buat apa..?" Soal Tasneem dengan gaya manja. Dagunya direhatkan di atas kepala Malique.

Malique memegang tangan Tasneem dan dibawa ke bibirnya. Dicium tangan Tasneem.

"Buat kerja. Sorry tau abang bawa balik kerja dekat rumah." Dicium lagi tangan Tasneem.

"Takpa. Abang kan cari rezeki." Tasneem membalas dengan mencium ubun-ubun suaminya.

"Come here. Duduk sini." Malique menarik kerusi di sebelahnya dan menyuruh Tasneem melabuhkan duduknya.

Tasneem akur tanpa bantahan. Dia duduk dan terus memeluk lengan kekar Malique. Dilentokkan kepalanya di bahu Malique.

"Dah habis makan mangga?" Tanya Malique seraya menyambung membuat kerjanya semula.

"Tak. Umi bebel tadi. Umi tak bagi Haura makan banyak sangat. Sebab umi kata masam. Pastu umi tadi dah nak masuk mode membebel. Jadi, Haura kena stop kan umi dari membebel dengan cara Haura berhenti makan mangga masam tu." Adu Tasneem seperti kanak-kanak.

Tergelak kecil Malique mendengar. Dia menoleh memandang isterinya. Dicium ubun-ubun Tasneem.

"Tapi betul lah umi cakap. Tak elok sangat makan masam. Orang mengandung ni banyak nak kena jaga. Takut nanti bagi effect pada bayi dan ibu." Nasihat Malique dengan lembut. Tak nak isterinya terasa.

"Okay. Lepas ni Haura kalau mengidam nak makan yang pelik-pelik. Haura akan makan sikit je." Tasneem membuat gaya sikit dia dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

Tersimpul senyuman manis Malique melihat keletah Tasneem. Sejuk hati. Rasa tenang bila pandang wajah isteri begini dan layan kerenah isteri.

~~~~~~~~~~

His Love [C]Where stories live. Discover now