His Love : 3

6.1K 315 10
                                    

Malique memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar besar. Dipandang sekeliling kawasan villa tersebut.

Gelap.

Selepas itu, kepalanya berpaling memandang Tasneem yang bersandar di kerusi keretanya dengan mata bergerak memandang sekeliling.

Kenapa dia tengok Tasneem ni macam takut sangat dengan gelap? Sesuatu saja. Nak tanya tapi rasa macam mengacau privasi orang pula.

"Kau nak masuk macam mana ni? Pintu pagar ni besar. Takda siapa jaga ke?" Menggeleng Tasneem menjawab soalan Malique.

"Lepastu?" Berpaling Tasneem merenung Malique. Wajahnya dibuat muka kesian.

"Teman saya. Sampai hati awak kalau awak tinggalkan saya." Sedih saja suara Tasneem. Sengaja.

Malique merenung sekejap wajah gadis jelita di sebelahnya ini. Tak mungkin dia tolak. Tapi, tak elok pula bila berduaan. Tak manis. Mereka bukan ada apa-apa hubungan. Haih.

Macam mana ni?

Malique melihat jam tangannya. Sudah menunjuk ke waktu 3:50 pagi. Jauh juga jarak villa keluarga Tasneem dari hospital. Hampir sejam. Ini nasib baik masih pagi. Cuba kalau ramai orang.

Banyak kereta di jalan. Memang lebih dari sejam ceritanya nak sampai villa milik keluarga Tasneem.

"Aku boleh je teman kau. Tapi tak manis kalau cuma kita berdua. Kau faham maksud aku kan?" Ujar Malique dengan nada lembut.

Terkejut Malique bila dia bercakap dengan lembut. Dan orang tu pula adalah kaum wanita. Ini kali pertama Malique bersikap begini terhadap perempuan.

Biar betul? Malique sendiri pun terkejut. Macam nak kena pergi check hospital saja ni. Risau lah dengan diri sendiri.

Mencebik bibir Tasneem. Dia tak nak kena tinggal. Dah lah gelap. Sampai hati abe Malique nak tinggal dia. Dasar lelaki hensem.

Eh, gatal kau ya. Bagitahu umi nanti yang Tasneem gatal. Aku bagitahu mak kau, kau gatal. Haha. Banyak nau gatal tu diulangnya. Kalau gatal sangat, garu ler. Payah bebenor ler kamu ni.

Tak lama selepas itu, pintu pagar besar itu terbuka sendiri. Terkejut Malique dan Tasneem. Pantas mereka memandang hadapan untuk melihat siapa yang membuka pintu pagar tersebut.

Tapi, tiada sesiapa.

Tasneem dan Malique berpandangan sesama sendiri sebelum berpaling semula ke hadapan. Berdebar jantung mereka berdua.

"Boleh masuk ke?" Tanya Malique pada Tasneem.

"Masuk lah. Dah alang-alang pintu pagar pun terbuka." Kata Tasneem.

"Kau agak lah siapa yang buka?" Tasneem memandang sisi wajah Malique. Seram pula dengan soalan Malique ni.

"Tak payah lah tanya soalan macam tu. Menyeramkan orang je." Marah Tasneem tak suka dengan soalan Malique barusan. Bahu Malique dipukul dengan kuat.

Selamba betul. Kisah pula dia. Orang dah tengah takut. Memang main redah saja lah.

Malique yang dipukul itu terus merenung Tasneem. Suka-suka saja pukul orang. Nasib baik lah yang pukul tu perempuan cantik. Haish. Geram lah pula.

Diparking keretanya di perkarangan villa keluarga Tasneem. Tasneem melihat di dalam villa, lampu masih terang benderang. Ini mesti papa dan umi tak tidur lagi disebabkan dia. Rasa bersalah lah.

"Dah keluar. Aku nak balik." Halau Malique dengan selamba.

Berdecit Tasneem apabila dihalau Malique. Ingatkan nak masuk sekali. Rupanya kena halau. Tapi, takpa lah. Sekurang-kurangnya dia dah hantar aku balik.

His Love [C]Where stories live. Discover now