His Love : 62

5.6K 239 13
                                    

Selepas 9 bulan

"Huwaaaa!! Abang tak sayang Haura! Haura nak balik rumah papa! Nak mengadu dekat papa dengan umi. Tsk.. tsk.." Tersedu-sedu Tasneem menangis tatkala Malique tanpa sengaja termarah Tasneem gara-gara Tasneem mengangkat bakul baju yang penuh dengan baju.

Malique dah kata bakul baju tu berat. Nanti dia angkat dan sidai. Tapi Tasneem degil. Sejak-sejak mengandung ni Tasneem semakin degil.

Apa yang Malique pesan dan cakap. Dia tak dengar pun. Dia main langgar saja semua. Langsung tak nak dengar. Bila kena marah, macam ni lah jadinya.

Menangis pastu nak balik rumah Dato Sri Taarif dan mengadu pada Dato Sri Taarif dan Datin Sri Zarina. Geram saja lah Malique tengok perangai Tasneem sekarang.

Ini lagi lah dah nak bersalin. Tinggal tunggu hari saja. Memang macam-macam perangai Tasneem buat yang mencabar kesabaran dia.

Malique menggelengkan kepalanya. Dia sekadar melihat saja isterinya yang sedang bersusah payah mengambil baju-baju di dalam almari. Luggage pula dah siap terbuka dan diletak atas katil.

"Bawa banyak sikit sayang baju tu." Bukan dipujuk. Malah dia menggalakkan lagi.

Terhenti perlakuan Tasneem. Laju kepalanya berpusing dan memandang suaminya yang elok berdiri menghadap dia sambil menyilangkan kedua tangannya di dada.

Nampak hot lah. Dengan bicep pastu muscle besar. Ini kalau Malique buka baju nampakkan six pack dia tu. Mesti lagi mengancam.

"Tak pujuk pun." Tasneem menghentakkan kakinya perlahan.

"Hentak lagi. Biar keluar anak tu." Tenang saja suara Malique.

Tasneem meletakkan semua baju yang dipegang tadi di atas lantai lalu menapak mendekati suaminya. Dia berdiri di hadapan Malique. Kepalanya terdongak apabila Malique terlalu untuk diri dia yang pendek ni.

Bibir cebik. Hidung dan pipi merah. Muka pula comot dengan air mata. Comelnya lahai Malique tengok isteri dia sekarang ini. Rasa nak gomol pipi tu. Tapi kena tahan. Malique mengemam rapat bibirnya bagi menahan dari rasa ingin ketawa.

"What?" Soal Malique dengan mengangkat kedua alisnya.

"Abang dah tak sayang Haura? Dah tak cinta Haura? Kenapa? Sebab Haura tak cantik macam dulu? Sebab Haura dah gemuk? Haura dah tak pandai jaga penampilan diri? Sebab Haura banyak makan? Sebab Haura banyak menyusahkan abang? Kan? Mengaku je." Tasneem mengembungkan kedua pipinya selari memuncungkan bibirnya.

Matanya terkedip-kedip bagi menahan dari air matanya terus mengalir. Dia menyeka air matanya yang berada di pipi. Tasneem menyedut hingusnya.

Malique memincingkan mata dan menahan bibirnya dari membentuk senyuman. Sumpah dia cakap, muka Tasneem macam budak sekolah yang menangis tak dapat gula-gula.

Tanpa kata, Malique memeluk Tasneem. Dibelai belakang kepala Tasneem dengan penuh sayang. Sempat dia mencium tepi kepala si isteri.

"Beribu kali sayang kata yang abang tak sayang dan tak cinta sayang. Beribu kali juga abang balas yang abang sayang dan cinta sayang. Wallahi, abang sayang dan cinta isteri abang ni. Cinta sehingga syurga." Tutur Malique bagaikan memujuk.

Tasneem yang pada mulanya tidak membalas pelukan suaminya. Selepas mendengar bicara si suami, terus Tasneem memeluk suaminya.

"Haura abang sentiasa cantik. Sayang kurus ke gemuk ke tetap cantik. Tetap Haura abang. Sampai bila-bila Haura abang." Sambung Malique lagi. Dicium tepi kepala si isteri.

Tasneem merenggangkan sedikit pelukan erat mereka lalu mendongak merenung wajah suaminya. Malique menundukkan pandangan membalas renungan si isteri. Tangannya naik mengesat air mata Tasneem.

His Love [C]Where stories live. Discover now