His Love : 1

8K 328 12
                                    

Tercelik mata Tasneem bila matanya disapa dengan satu sinar dari luar. Pantas dia meletakkan bantal di atas kepalanya untuk menghindar dari sinaran matahari itu terkena mata dan wajahnya.

Silau.

Datin Sri Zarina yang melihat anak daranya seperti itu langsung menarik selimut yang digunakan Tasneem.

"Umi.." Merengek Tasneem tidak mahu diganggu tidurnya. Matanya dicelikkam sedikit.

"Apa umi, umi? Bangun. Dah pukul 8 ni. Tak pergi butik ke?" Tanya Datin Sri Zarina seraya melabuhkan punggungnya di atas katil.

Tasneem yang melihat Datin Sri Zarina duduk. Dia langsung meletakkan kepalanya di atas paha Datin Sri Zarina. Pinggang umi nya dipeluk dengan erat.

Datin Sri Zarina membelai lembut rambut anak daranya seorang ini.

"Ini kenapa nak manja-manja?" Soal Datin Sri Zarina sambil masih mengelus rambut anaknya.

"Tak boleh dah ke?" Mendongak kepala Tasneem merenung umi nya itu.

"Boleh. Tapi dah lambat ni. Tak pergi butik?" Mencebik bibir Tasneem. Dia bingkas bangun dan duduk.

Dipandang jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul 8:10 pagi. Malasnyaaaa..

"Pergi. Tapi lambat." Balas Tasneem perlahan.

"Yalah. Hah ni. Nanti nak pergi butik tu.. papa ada suruh Aneem hantarkan file dekat office. Papa tertinggal tadi." Kata Datin Sri Zarina sambil mengelus belakang kepala Tasneem.

"Alahhhh.. malas lah. Suruh lah siapa-siapa hantar. Taqim ada kan? Suruh dia lah hantar. Aneem tak nak." Mengelak Tasneem tidak mahu ke pejabat Dato Sri Taarif.

Dia memang malas nak pergi office papa nya. Sebab dia tak suka nak ke sana. Nanti mula lah papa nya mengungkit. Lepastu paksa dia suruh kerja situ. Tasneem tak suka kerja office.

Dia lagi prefer kerja luar dan berkerja sendiri. Macam sekarang, dia buka butik tudung keluaran jenama dia iaitu TasHijabis's.

"Taqim dah pergi kampus." Jawab Datin Sri Zarina.

Mustaqim atau nama panjangnya Tuan Mustaqim Zaili. Datin Sri Zarina dan Mustaqim adalah ibu tiri dan adik tiri kepada Tasneem.

Tapi mereka baik. Tak macam setengah keluarga tiri yang lain.

Jarak umur Tasneem dan Mustaqim pun jauh beza. Tasneem berumur 26 dan Mustaqim berumur 25. Hanya berjarak setahun saja. Itu yang membuatkan mereka berdua jadi rapat.

Walaupun umur Mustaqim dah menginjak 25 tahun. Dia tetap melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Tapi sambil berkerja di pejabat Dato Sri Taarif.

Dia mengambil bidang arkitek. Itu pun kemahuan dia sendiri bukan Dato Sri Taarif yang suruh.

Dulu masa Mustaqim kecil, Dato Sri Taarif selalu membawa dia ke office. Sebab itu lah Mustaqim jadi berminat tentang perniagaan dan seni bina bangunan.

"Takda pilihan lah ni kan?" Datin Sri Zarina mengangguk mengiyakan Tasneem.

"Okay, fine. Nanti umi letak file tu dekat meja ruang tamu. Aneem nak mandi dulu." Mengalah juga Tasneem. Dalam keterpaksaan.

Tasneem turun dari katil dan mengambil tuala mandinya lalu berjalan masuk ke dalam bilik air. Sempat dia mencium pipi Datin Sri Zarina.

Tersenyum nipis Datin Sri Zarina melihat anak daranya ini. Walaupun anak tiri. Tapi dia sudah menganggap seperti anak kandung.

Tiba-tiba, Datin Sri Zarina teringat akan tentang anak sulungnya. Ke mana lah anaknya itu pergi? Terasa rindu pula. Tubir mata Datin Sri Zarina turut sama berkolam.

His Love [C]Where stories live. Discover now