His Love : 34

5.8K 231 7
                                    

Mengibar tudung Tasneem ketika terkena angin yang berada di pantai. Dia duduk seorang diri sambil memandang pemandangan di hadapannya.

Malique pula pergi membeli air. Setelah setengah hari berada di dalam bilik hotel, akhirnya mereka berdua keluar juga untuk menghirup udara segar di Dubai. Kalau tidak, terperap dalam bilik.

Tahu-tahu saja lah buat apa kalau duduk dalam bilik. Baik keluar. Ada faedah. Memang lah itu pun ada faedah. Tapi dah datang dari jauh. Takkan lah terperap dalam bilik. Baik duduk dekat rumah, duduk juga dalam bilik. Takda beza pun.

Tak lama selepas itu, Malique datang sambil membawa dua cawan yang berada di tangan kiri dan kanannya.

Tersenyum manis Tasneem ke arah si suami. Diambil air watermelon juice yang berada di tangan kanan suaminya. Malique melabuhkan duduk di hadapan Tasneem. Diletakkan cawannya di atas meja.

Ralit di memandang wajah si isteri yang jelita dan polos itu. Dia tak pernah menyangka yang Tasneem akan menjadi suri hati dalam hidupnya.

Selama ini, Malique berfikir yang dia mungkin takkan berkahwin sampai bila-bila. Ternyata tidak. Tasneem lah yang menjadi isterinya sekarang. Pertemuan pertama kalinya bersama dengan Tasneem memang lah agak haru biru.

Mana tak nya. Ada perempuan pengsan depan dia. Kelam-kabut Malique waktu tu.

Tiba-tiba wajah Malique ditutup dengan satu tangan kecil. Tergelak Malique dengan tindakan isterinya.

"Dah lah.. dari tadi tengok muka saya." Kata Tasneem seraya menarik semula tangannya. Tetapi Malique lebih pantas memegang tangan Tasneem lalu dikucup tangan si isteri.

"Abang tak puas tengok muka bidadari abang ni.. itu yang abang tengok je. Malu ke?" Memerah wajah Tasneem apabila dipanggil bidadari oleh Malique.

Terlepas tawa Malique melihat pipi merah Tasneem. Dicuit hujung hidung si isteri.

"Comel lah sayang ni. Puji sikit terus merah pipi tu. Geram abang tengok. Rasa nak gomol lagi." Mencebik bibir Tasneem. Dari tadi tak habis-habis. Asyik nak menggomol saja kerja. Tak cukup-cukup. Hish. Penat dah. Habis lunyai Tasneem dikerjakan.

"Hish abang ni. Gatal je kerja."

"Sayang pun sama. Bila abang start, sayang pun mula lah menyedap." Tasneem terus mencubit bibir Malique.

Cakap main saja lah. Takda berlapik langsung. Memang lah. Tapi tak payah lah jujur sangat. Malu lah Tasneem. Dah lah bangun saja tadi, habis badan Tasneem penuh kesan merah yang Malique buat.

Apa dia ingat badan Tasneem tu kertas lukisan untuk dia buat seni? Haih.

Tergelak Malique melihat tingkah Tasneem. Nampak sangat malu tu. Padahal orang-orang sekitar bukannya faham bahasa diaorang. Beria Tasneem tutup mulut dia.

"Abang ni. Agak-agak lah bercakap pun. Tak nak lah bercakap dengan abang dah. Hmph!" Rajuk Tasneem. Dia langsung mengalihkan tangannya dari terus menutup mulut Malique dan memalingkan wajahnya. Tak nak tengok muka Malique.

Malique yang melihat isterinya sudah pun merajuk. Langsung dia berkalih duduk di sebelah Tasneem. Sempat dia melabuhkan ciuman di tepi kepala Tasneem.

"Okay, abang minta maaf. Nak gurau pun tak boleh." Tasneem hanya diam. Diendahkan saja Malique.

"Haura sayang.." Panggil Malique dengan sangat lembut.

"Hei, baby ucuk acam abang.. jangan lah merajuk. Nanti abang nak kacau siapa? Abang nak manja dengan siapa? Dengan sayang je abang bolej manja. Karang abang manja dengan perempuan lain, silap hari bulan telinga abang hilang." Lantas Tasneem memandang suaminya. Diberikan jelingan tajam.

His Love [C]Where stories live. Discover now