His Love : 53

5.1K 249 14
                                    

BUSH!

Terkejut Tuan Maliki apabila wajahnya disimbah dengan air. Pantas dia membuka matanya dan melihat ke hadapan. Dilihat ada empat orang lelaki yang berdiri di hadapannya. Kabur. Tak dapat dipastikan siapa kerana pandangannya masih kabur.

Tak lama selepas itu, ada seorang lelaki berbadan tegap berjalan menghampirinya lalu duduk bercangkung di hadapannya.

"K-kau siapa?" Soal Tuan Maliki yang sedaya upaya mengecam wajah lelaki di hadapannya ini.

"Tch. Anak sendiri lupa ke?" Ujar Malique sinis.

Baru lah Tuan Maliki sedar. Sekarang dia tengah berhadapan dengan Malique. Dilihat juga ada Mustaqim yang memandangnya dengan tampang kosong.

Langsung tiada riak simpati atau kasihan pada dirinya. Matanya juga tajam saja.

"Aku tak tahu lah aku nak panggil kau sebagai apa. Ayah? Atau.. huh. Entah lah. Kalau aku panggil kau ayah. Kau rasa kau layak ke?" Sarkastik Malique berbicara.

Ditatap tajam wajah Tuan Maliki.

Dia sedar lelaki ini siapa. Tapi dia dah tak boleh nak beri muka lagi. Sudah terlalu banyak masa dan peluang yang dia bagi sampaikan dia hilang anaknya pun disebabkan lelaki ini.

Isterinya menangis pun disebabkan lelaki ini. Isterinya ditikam pun kerana lelaki ini. Isterinya dimasukkan ke hospital pun kerana lelaki ini. Semuanya gara-gara Tuan Maliki.

"Maliki, Maliki. Kau nak tahu kenapa kau ada dekat sini?" Tuan Maliki diam tidak berkata apa.

Waktu ini, dia sangat takut. Apa lagi melihat pandangan tajam Malique. Tapi dia cuba mengawal rasa takutnya.

"Entah." Jawab Tuan Maliki acuh tak acuh.

"Entah?" Sejurus itu, Malique melepaskan tawa besarnya. Dia siap menggelengkan kepala lagi.

"Taqim. Meh sini." Malique memanggil adiknya. Mustaqim berjalan mendekati Malique.

"Kau dengar dia cakap?" Mengangguk Mustaqim.

"Kau rasa kita patut buat apa?"

"Bagi dia rasa apa yang kakak rasa. Kalau boleh lebih lagi. Lagi teruk dari kakak kena." Jawab Mustaqim tenang.

"Wow. Good idea. I like it. That's my bro." Dirangkul bahu tegap Mustaqim lalu ditepuk perlahan.

"Hei, orang tua. Kau dengar kan? Jadi.. kau nak kau rasa macam mana bini aku rasa. Kau tikam dia? Hm.. kau nak tahu apa yang jadi lepas kau tikam isteri aku? Aku hilang anak aku. SEMUA SEBAB KAU!" Malique menjerkah Tuan Maliki lalu dicekak baju Tuan Maliki.

Ditarik Tuan Maliki merapat dengannya. Dipandang wajah tua itu.

"Kau memang bodoh! Sepatutnya dari dulu lagi kau mati!" Jerkah Malique lagi.

Sesudah itu, wajah Tuan Maliki ditumbuk dan ditendang perut Tuan Maliki. Jatuh terjelepuk Tuan Maliki dibuatnya. Selepas itu, disepak lagi perut Tuan Maliki.

Malique seperti orang yang sedang dalam kerasukan. Ditumbuk dan disepak Tuan Maliki sepuas hati. Terbatuk-batuk Tuan Maliki jadinya. Mulutnya juga mengeluarkan darah.

Hujung bibirnya sudah mula berwarna biru keunguan. Pipinya menjadi lebam.

"Huh. Ni baru sikit."

"A-aku ni a-ayah kau. Kau b-berdoa b-buat ayah kau m-macam ni." Ujar Tuan Maliki tersekat-sekat.

"Apa dia? Ayah? Dosa? Baru sekarang kau nak ingat dosa. Yang kau buat bini aku, kau tak ingat dosa pula!" Disepak lagi perut Tuan Maliki.

"Uhuk uhuk." Terbatuk Tuan Maliki.

His Love [C]Where stories live. Discover now