His Love : 4

5.8K 298 6
                                    

M's Golden

Malique mengangkat kepalanya apabila mendengar suara ketukan di pintu bilik pejabatnya. Dia memberi arahan untuk si pengetuk masuk.

Dia melihat gerangan yang baru saja melangkah masuk ke dalam biliknya itu. Ternyata Rian. Private investigator yang diupah.

Diangkat kedua keningnya sebagai tanda bertanya kenapa kepada Rian apabila Rian sudah berdiri tepat di hadapannya.

"Ini maklumat yang aku dapat. Kau boleh tengok." Rian meletakkan satu sampul surat berwarna coklat di atas meja kerja Malique.

Malique memandang sekejap sampul yang diletak Rian. Dia mengambil sampul itu lalu dibuka. Dilihat isian di dalamnya. Dikeluarkan isian tersebut dari dalam sampul itu.

Rupanya gambar umi dan adiknya. Malique memanggungkan kepala memandang Rian. Rian mengangguk mengiyakan Malique. Dia tahu apa yang Malique ingin soal dia.

"Ini umi dan adik aku?"

"Ya. Itu umi dan adik kau."

"Kau yakin?"

"Aku dah siasat."

Malique menatap gambar-gambar tersebut. Matanya mula berkolam. Tapi dia tahankan agar air matanya tidak jatuh mengalir di pipi. Dia rindu sangat dengan umi dan adiknya.

Dia kenal wanita itu. Takka sesenang itu untuk dia lupa wajah umi nya. Tapi muka adiknya berbeza sangat. Dah besar adiknya. Tersungging senyuman Malique melihatkan umi dan adiknya.

"Diaorang ada dekat mana sekarang?" Soal Malique ingin tahu.

"Ini alamat rumah. Umi kau dah berkahwin." Kenyataan Rian menghentikan perlakuannya yang hendak mengambil sehelai kertas yang diletakkan Rian.

Dia mengangkat wajahnya memandang Rian dengan riak bingung.

"Umi aku kahwin dengan siapa?"

"Dato Sri Taarif. Klien baru kau." Mengecil mata Malique cuba mengingati nama yang disebut Rian.

Selepas beberapa saat, baru lah Malique ingat. Ya, Dato Sri Taarif. CEO Sirna Empire.

"Oh." Hanya itu saja respon yang diberi. Langsung takda reaksi. Kosong.

Orang kena excited kan. Yalah bapak tiri pangkat Dato Sri kottt.. tapi Malique tak. Dia hanya 'oh' saja.

Betul lah kata Ustaz Shamsul Debat. Lelaki ni kedekut emosi. Tak macam perempuan. Pemurah sangat dengan emosi dia. Hahahah.

"Thanks, Rian. Nanti aku transfer." Kata Malique sambil memberi senyuman nipis kepada Rian.

"Okay, bro. Aku gerak dulu. Ada apa-apa lagi kau nak minta tolong. Call je aku." Malique menjatuhkan kepalanya sekali dan Rian langsung berlalu pergi.

Malique kembali memandang gambar-gambar yang diberi Rian. Diusap wajah umi nya. Dia terlalu rindu. Tersangat rindu. Dah terlampau sarat dengan rindu.

"Aliq rindu umi. Rindu sangat." Sejurus itu, dikucup gambar umi nya.

~~~~~~~~~~

Tasneem duduk di kerusi yang berada di taman bunga belakang villa keluarganya. Dia melihat bunga-bunga orkid yang banyak ditanam. Itu adalah bunga kesukaan arwah mamanya.

Bukan hanya kesukaan arwah mamanya. Malah kesukaan umi juga. Tersenyum Tasneem bila mengingati sewaktu pertama kali dia mengenali Datin Sri Zarina.

Persis sama macam arwah mamanya. Seorang yang lembut, penyayang, rajin, suka bunga orkid dan yang paling penting, sayangkan diri dia. Dari dulu Datin Sri Zarina selalu mengutamakan dia.

His Love [C]Where stories live. Discover now